Thursday, February 10, 2011

Cerita ttg tan Sri Isa satu lagi cubaan lagakan korporat dan politician Melayu pula

Saya ada di meeting IDEAS dan nak bagitau kat kawan-kawan semua yang muda-muda bahawa kekecohan berikutan berita Tan Sri Isa dikritik telah di'spin' habis untuk tak lain tak bukan memburukkan politician Melayu dan melagakan pula mereka dengan korporat Melayu, di samping memburuk-burukkan Perdana Menteri.


Laporan-laporan yang saya baca mengatakan CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul, mengkritik perlantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda.

Tapi masa di forum tu, tak ada pulak saya dengar si Tengku Zafrul cakap macam tu.

Yang bising ialah panelis seorang lagi, Zainal Aznam Mohd Yusof tu. Merapu-rapu dia mengkritik.

Tapi aku tengok Tengku Zafrul ni ok juga dia cakap. Bila diberi leading question atau soalan perangkap, dia pandai juga taichi untuk maintain line pro-Kerajaan. Bila ditanya ok tak politician dilantik pengarah GLC, dia kata ok. Bila dicucuk oleh soalan hadirin pasal lantikan Tan Sri Isa, dia tak ada bagi pendapat sendiri pun. Dia cuma sebut apa reaksi dari "market". Ini biasa, dalam dunia bankers, memang sikit-sikit "market", sikit-sikit "market", sepertimana dalam dunia politician sikit-sikit "pengundi", sikit-sikit "pengundi.

Jadi terkejut pulak la bila saya baca Internet, rupa-rupanya forum tu jadi kontroversi pulak, padahal secara ikhlas nya, ia hanyalah forum biasa syok sendiri yang tak ada makna apa-apa. Boring nak mampus. Saya pergi pun atas jemputan sahabat lama seorang akademik yg turut jadi panel. Saja bagi sokongan moral.

Jadi tak lain tak bukan kesimpulan saya mudah.
1. Berita politik sekarang ni banyak yang buruk kepada Anwar dan PR - Kesah Ketua Pemuda PAS Tantawi dan herdikan terhadapnya oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, kesah Pajudin Ketua PKR Sabah yang lompat masuk UMNO, kesah Lim Guan Eng robohkan (lagi) gerai Melayu di Penang.
2. Berita tentang Najib pula terbaik, terutama kejayaan Kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir.
3. Oleh itu, ada apa cerita paling ikan bilis pun, spin lah jadi cerita.
4. Dalam kes Forum IDEAS ni, peluang cantik, sebab ada point nak spin.
5. Tapi nak laporkan bahawa Zainal Aznam ni yang kritik tak best sebab dia ex-civil servant yang pencen, tak selari dengan agenda propaganda PR yang mahu tampilkan orang muda Melayu sokong PR dan tak suka BN.
6. Jadi putar aje lah guna nama Tengku Zafrul sebab dia muda dan current, jadi point lebih, untung-untung jadi cerita.

Biasalah. Teknik melaga-laga merupakan teknik basi tapi antara teknik paling berkesan. Yang saya paling best tengok reaksi Tan Sri Isa. Dia relax jer, sebab dia tau tak ada apa yang perlu dilatahkan.

Harap-harap sahabat yang muda-muda tak ikut sama apikan cerita ini. Cuba tanya dulu kalau ada kengkawan yang pergi ke forum tu, apa jadi sebenarnya.

Wednesday, January 5, 2011

Hotel Marriott "Tiger Show" sebenarnya dalam Negeri Selangor!

Pagi-pagi ni ada update menarik dari Berita Lembah Pantai bertajuk Dr Lo'Lo', Harakah dan blogger-blogger PAS hentam Kerajaan Negeri Selangor.

Rupa-rupanya Hotel Marriott tempat Tiger Show yang dituduh Harakah dan pemimpin-pemimpin PAS terutama Dr Lo'Lo' letaknya dalam Sepang, Selangor.

Mereka sangka ia terletak di Putrajaya kerana Hotel Marriott itu guna nama Putrajaya. Lalu mereka gunakan isu ini untuk alihkan berita kes Teoh Nie Ching pakai pakaian sendat terlompat-lompat dalam masjid bersama Pak Aji-Pak Aji PAS.

Heroin utamanya si Lo'Lo'.

Patutlah Hasan Ali senyap je. Mesti tepuk dahi punya lah, tengok betapa bodohnya kawan-kawan sendiri.

Sedih betul tengok PAS. Sudah lah jahil, bodoh pulak tu.

Tiger Show di Sepang, Selangor. 

Macam mana ni Selangor, boleh benar acara begini?

Thursday, July 15, 2010

Gempar! Pemuda PAS Wilayah kaki Blue! Ada Bukti!

Memang Pemuda PAS Wilayah kaki Blue!

Siapa yang selalu visit website PAS? Mestilah orang PAS bukan? Kalau website Pemuda PAS? Mestilah Pemuda PAS tak gitu? Kalau website Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan? Mestilah ahli-ahli Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

http://dppwp.wordpress.com

Kita tengok screenshot yang diambil dari website Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Sebenarnya benda ni dah lama ada kat sana, cuma kali ini terfikir saya nak menegur. Buruk benar!

(tengok cepat sebelum depa keluarkan benda ni dari website)



Screenshot ini menunjukkan Artikel yang paling banyak dibuka/dibaca pengunjung. Pengunjung sudah tentunya majoriti besar pemuda-pemuda PAS dan penyokong PAS terutama dari Wilayah Persekutuan.

Kita dekat lagi.



Mak oi! Artikel yang paling favourite dibaca oleh para Pemuda PAS Wilayah ialah "Aksi budak sekolah perempuan diraba beramai-ramai"! Dan kedua favourite pula ialah "4 adegan panas budak sekolah"!!

Apa cerita ni Pemuda PAS Wilayah? Sakit mental ke apa? Atau sakit akhlak? Apa kes suka tengok lucah budak sekolah ni? Mintak orang-orang tua dalam PAS nasihatkan lah sikit budak-budak darah muda ni.

Kokok berdegar-degar, rupa-rupanya kaki tengok lucah dalam Internet!! Mesti bacaan harian ahli-ahli Pemuda PAS ni suratkhabar Metro tak gitu? Hehehe. Mungkin Harakah patut masuk Blue sikit kat dalam Edisi Wilayah Persekutuan, supaya dapat tarik pemudanya baca.

Macam-macam hal.

Monday, January 4, 2010

Ayam Kampung paling best di KL!

Dua postings lepas, saya menulis mengenai apa yg saya rasa ialah Nasi Kandar paling best di KL. Hari ini saya nak cerita pula tentang kedai yg saya rasa jual ayam kampung yg paling enak di KL.

Tempatnya tak lain tak bukan ialah Gerai No. 4, Medan Hang Tuah di The Mall.



Gerai ini memang kegemaran saya jika betul2 teringin nak makan ayam kampung, walaupun untuk The Mall agak leceh dan parkingnya pun tak murah. Tetapi bila gian nak makan ayam kampung yang umpph, saya akan mengajak kawan-kawan ke sana untuk turut sama melantak. Biasanya kalau ke sana, saya akan makan kurang2 dua ketul ayam kampung.

Apa istimewanya, sedangkan ayam kampung ni goreng je, bukannya susah sangat. Betul bunyinya tak susah, tapi entah kenapa kedai-kedai lain goreng pun tak pandai. Tak sodap! Kalau garing dan kalernya cukup cantik pun, rasa dan teksturnya biasanya lari. Saya selalu juga makan ayam kampung yang paling terkenal di KL iaitu di Velodrom Cheras, atau di Medan Selera Lorong Raja Muda Kg Baru, atau pun ayam kampung restoran Bandaraya dekat Lebuh Ampang, tapi rasanya tak sama. Gerai No 4 Medan Hang Tuah still the best!

Tambah pula dengan kuah kuningnya yg lazat (ada 2 jenis, satu kuning lemak, dan satu lagi kaler oren, ala minang), hidangan nasi campur ayam kampung di sini cukup lazat bagi saya.



Apa lagi. Cubalah!

Sunday, October 11, 2009

Terima kasih Blog4FT sebab bagi saya visitors!


Caya lah Blog4FT. Khamis lepas saya post lah satu artikel bertajuk Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL? dan submit kan kepada peraduan Blog4FT. Bukannya nak menang pun, saja tengok kalau-kalau boleh tambah visitor.

Sekali tengok by today ha, dah tambah 72 visitors dah dari Blog4FT! Baru 4 hari!

Macam ni semangat lah nak posting kat peraduan ni. Terfikir pulak, hmmm, kenapa tak buat posting yang betul2 boleh menang. Manalah tau.

Thursday, October 8, 2009

Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL?

Lama betul tak ke Sungei Wang. Dulu masa muda-muda dulu itulah antara tempat port utama, port snooker. Bila dah masuk zaman kerja tapi masih bujang, fokus dia bertukar dari snooker ke Karaoke (ehem, ehem) tapi Sungei Wang tetap jadi tumpuan. Sebabnya tak lain tak bukan kedai Nasi Ayam Cina kat corner tu (sekarang dah upgrade jadi Kedai Nasi Ayam moden tapi rasanya tak sama macam dulu) dan food court atas Sungei Wang. Kalau korang tak pernah pergi rugi lah sebab dia punya Nasi Kandar memang power beb!

Lalu 2-3 hari lepas saya pun ke Bukit Bintang lah bersama seorang kawan. Disebabkan masa itu time lunch, jadi pilihan saya ialah untuk pekena Nasi Kandar favourite masa zaman muda-muda dulu.



Ini dia gambar Nasi Kandar saya. Ini nasi kandar ayam standard dia. Ini pun sebenarnya dah start makan ni, sebab tu gambar dia diambil dari angle bawah. Sebab sebelah sana sudah ada lobang!

Member saya order rojak.



So what's the verdict?

Selepas suapan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, verdict saya ialah inilah nasi kandar paling best kat KL, dan pasal itulah dulu masa muda-muda ini tempat kegemaran saya. Kuah dia just nice, sayur dia ngam-ngam je, sesuai untuk hidangan dan ayam goreng dia pun sodap. Cuma satu kelemahan dia ialah dia tak ada sambal merah macam yang Mamak kat Ibramsha Jalan TAR ada. Dan dia tak bagi Cili Hijau fresh macam Ibramsha. (Ibramsha bagi saya ialah Nasi Kandar terbaik di sekitar Jalan TAR/Masjid India).

Tapi bagi saya Mamak Sg Wang ni memang pukul la nasi kandar kat Ibramsha. Setakat Pelita KL dengan Kayu Nasi Kandar kat KL pun dia senang-senang boleh makan. Kalau nak banding dgn Mamak Kg Attap pun rasanya yang ni lagi umpph.

Nak cuba? Ni ha gambar kedai dia. Pergi saja Sg Wang Plaza, naik lift sampai ke Food Court dia kat Tingkat 4 and enjoy!



Thursday, June 4, 2009

Siapa kata Singapura ni terer sangat!

Siapa kata Singapura ni terer sangat! Tengok lah berita terbaru ni, Temasek, iaitu investment arm utama Kerajaan Singapura rugi sampai 1 billion dolar US (Dolar US bukan Dolar Sing) main share Barclays Bank!

Bulan lepas pula depa baru rugi 4.6 billion dolar US hal yang sama, cuma yang itu berkenaan saham Bank of America.

Ini satu tamparan pada ramai rakyat-rakyat Malaysia yang hidupnya mengutuk dan menghina hampir setiap aspek pentadbiran di Malaysia seolah-olah kita ini teruk sangat, bodoh sangat.

Tak keterlaluan kalau saya katakan bahawa dalam setiap kritikan pemuja-pemuja Singapore ini, yang banyak daripadanya boleh dibaca dalam komen-komen Malaysia Today, tersirat sentimen yang mengatakan Melayu tak pandai mentadbir dan orang Singapore juga yang pandai.

Bacalah artikel kat bawah ni. Tak la pandai mana pun.

----------------------------------------------

Temasek sells Barclays stake at 1 bln dlr loss

2 hours ago

SINGAPORE (AFP) — Singapore investment firm Temasek Holdings has sold its stake in Barclays bank at a loss of 500-600 million pounds (815.38-978.45 million US), a report said Thursday.

Unnamed officials were quoted by the Straits Times as saying that Temasek had disposed of the shares, estimated at two percent, between December and January. However, the state-linked firm declined to comment.

"It is inappropriate for us to comment on unsourced reports," a Temasek spokesman said in a statement to AFP.

The reported sale followed a statement Tuesday by an Abu Dhabi state-owned firm that it sold a chunk of its holding in the British lender for a sizeable profit.

International Petroleum Investment Company (IPIC) sold its shares for a total of 3.5 billion pounds, according to Credit Suisse Securities, handing it a gain of 1.5 billion pounds in just seven months.

IPIC had in a statement said it was selling 1.3 billion shares or 13.5 percent of Barclays. The sale leaves IPIC with 5.0 percent of the bank's stock.

Temasek sold its stake in the bank at a time many thought it would be brought under British government control as the credit crisis bit and its share price fell. However, Barclays has since recovered.

Temasek and the Government of Singapore Investment Corp, the city-state's other state investment vehicle, poured billions into Western banks but have seen their holdings' value dive as they were hit by the global economic crisis.

Last month, Temasek announced it had sold its stake in Bank of America without giving any details, although industry analysts calculated it lost about 4.6 billion US dollars in the transaction.

Temasek's chief executive Ho Ching said last month that it would reduce its exposure to Western nations and increase its focus in Asia and other emerging markets such as Latin America and Russia.

"As Asia continues to develop, it continues to de-risk. We are increasingly more confident on Asia's future," Ho said.

Copyright © 2009 AFP. All rights reserved