Wednesday, July 27, 2011

Ustaz Zamri Bersih selalu berforum di Platform Pakatan! Elok pun dia kena buang!



Maka dilaporlah dalam sekalian blog bahawa Ustaz Zamri, hos rancangan Adik & Al-Quran telah dipecat dari TV9!

Tidak pasti pula sama ada dia dipecat atau hanya direhatkan oleh TV9, sebab laporan Sinar Harian hanya menyatakan program Adik & Al-Quran dihentikan, bukannya memecat Ustaz Zamri seperti yang didakwa banyak blog.

Petikan kenyataan Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy yang disiarkan Sinar juga tidak menyebut soal pemecatan.

(Baca bawah sekali dari Sinar)

Apapun, bagi saya, amat sesuai dan betul caranya jika Ustaz Zamri ini dipecat atau dihentikan saja, dan hos Adik & Al-Quran diganti dengan hos yang lain.


Ini kerana sudah terang lagi bersuluh yang Ustaz Zamri ini memang menyokong Pakatan Rakyat. Yang keduanya, Ustaz Zamri ini jelas menentang permintaan dan arahan Pemimpin Negara, serta nasihat YDP Agung sendiri yang menegah demonstrasi jalanan.

Sebaliknya, apabila ditegur blog-blog pro-Kerajaan, jawapan Ustaz Zamri ialah jawapan pembangkang, lihat bawah.


Tidak ada mohon maaf, tidak ada kata dia silap. Dia memang tahu apa yang dia buat, dan bagi dia apa yang dia buat itu betul

Sepertimana ramai perusuh Bersih hujahkan tempohari, kata mereka demonstrasi itu okay. Tapi apabila pihak Kerajaan iaitu Pemerintah Negara ini telah menegah demo Bersih, dan Pemimpin Utama sendiri iaitu Perdana Menteri telah menegah, pihak polis telah menegah, malah YDP Agung sendiri telah menasihatkan jangan diteruskan, ia sudah jadi lain.

Kesalahannya bukan setakat berdemo, tapi engkar dengan pemerintah dan penguasa.

Sebab utama tegahan ialah keamanan dan mengganggu ekonomi dan perniagaan.

Orang-orang yang tidak muhasabah diri spt ustaz Zamri lupa betapa murahnya rezekinya dikurniakan Allah di bumi Malaysia ini, yang perjalanan nya diurus dengan baik oleh BN yang dipimpin UMNO sejak Merdeka. Keamanan dan Kestabilan politik ialah tonggak utama kejayaan ini.

Ustaz Zamri lupa dia dapat untung dari jadi hos program di TV9 milik Media Prima yang dimiliki UMNO.

Dia lupa dia dapat untung besar dari syarikatnya Mantop Training, yang pelanggannya termasuk Kementerian dan agensi dari kerajaan yang dia ingkari, yang dia sanggah.


Dia zalim dengan mengganggu sumber rezeki orang-orang kecil yang tersentap dan terganggu beberapa hari oleh Bersih.

Namanya Ustaz tetapi dia agaknya rasa sudah tinggi. Agak nya lah, tapi itulah persepsi saya bila membaca jawapan dalam facebook nya.

Agak-agaknya kos pengajian dia pun ialah biasiswa atau tajaan Kerajaan, sepertimana beribu lagi lepasan pengajian Agama di Malaysia ini. Dana pengajian agama Islam ini diperuntukkan oleh Kerajaan BN pimpinan UMNO, sedangkan mungkin jika PR yang memerintah dana pengajian agama ini terpaksa dikongsi pula atau diagihkan sama rata untuk memasukkan dana pengajian agama Kristian, agama Buddha atau agama Hindu, atas dasar sama rata!

Dan tiada pun rasa insaf dan maaf dalam hatinya jika dilihat dari entry facebook nya.

Maka jika benar beliau telah dipecat, maka elok benarlah.

Jika belum, maka pecat lah.

Dia boleh minta kerja dengan Pakatan Selangor, macam juga Wardina, rakan sepanelnya dalam kempen-kempen Pakatan Rakyat Selangor seperti dalam poster-poster di atas.

Mereka ini orang-orang yang lupa mereka di mana. Jadikan mereka sebagai teladan. Yang bersalah harus dihukum. Jangan beri muka orang-orang sebegini.

------------------------------------
Dari Sinar Harian

Adik & Al-Quran dihentikan siaran

Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.


Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.

Wednesday, July 20, 2011

Liverpool akan kembali ke Malaysia

Pengarah urusan Liverpool Ian Ayre berikrar akan kembali ke Malaysia selepas menerima layanan yang "tak masuk akal" (unbelievable) yang diterima dalam lawatan pertama mereka ke negara ini.

The Reds selamat pulang ke Liverpool dengan perasaan penuh semangat selepas lawatan 8-hari yang sangat berjaya ke Timur Jauh.


Lawatan tersebut berakhir dengan lawatan sekejap ke Singapura, tetapi masa yang dihabiskan di Malaysia lah yang akan kekal lama dalam ingatan.

"Memang hilang akal", kata Ian Ayre.

"Saya tinggal di bahagian dunia sebelah sana beberapa tahun tetapi saya juga tidak sangka bagaimana istimewanya bermain dengan 80,000 peminat dalam stadium, beribu menyaksikan kami berlatih dan beribu lagi menyaksikan kami dalam acara-acara yang diatur.

"Semua yang terlibat - pemain, kakitangan dan penaja - takjub dan kagum dengan hebatnya orang-orang di sana dan bagaimana terujanya mereka".

"Adalah penting untuk pergi sejauh itu dan melihat tahap sokongan yang kita ada dan sangat hebat untuk pemain-pemain yang muda menyaksikan sendiri betapa dekatnya kelab ini di hati penyokong dan betapa pentingnya uniform yang mereka pakai".

"Kita mengambil masa lebih 100 tahun untuk ke sana buat kali pertama. Saya yakin lawatan seterusnya tidak akan mengambil masa selama itu".


Artikel asal dari Liverpool Echo di sini

Monday, July 18, 2011

Nizar bekas MB ketulahan jadi sewel sebab derhaka



Confirm Nizar Jamaluddin dah sewel.

Nizar yang semasa krisis mahu kekal MB Perak telah pohon derhaka kepada Sultan Perak sudah sah tercabut beberapa skru kepalanya.

Kata orang Kelantan, "Otak Kurang Segar"! Inilah jadinya pada bekas MB Perak yang buat sidang dewan bawah pokok.

Apa taknya. Masa pengkebumian aruah Dr Lo'Lo', boleh pulak Nizar pakai T-Shirt kuning Bersih!

Tak gila kah ini namanya?
Ini majlis pengebumian jenazah, apa yang gilanya bawak politik bodoh mengagungkan kafir penentang Islam Ambiga ke sini pula.

Tak ada siapa yang lain pun hadir cukup gila nak buat kenyataan politik begini, walaupun ramai orang PAS di situ. Dan sudah tentu yang datang ramai yang bukan orang politik, iaitu saudara mara dan sahabat handai Dr Lo'Lo.

Apa agaknya yang Nizar fikir? Bodoh benar ke dia. Ini perkara paling besar dalam hidup seorang insan, iaitu kematian. Tidak ada politik lagi dah dalam kubur. Hormatilah jenazah sepertimana hadirin lain menghormati aruah.

Mungkin ini ketulahan sebab derhaka pada Sultan!

Kepada pembaca atas pagar, fikirkanlah. Beginilah taksub mereka sampai dah tak tahu hitam putih. Masya-Allah.

Sunday, July 17, 2011

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo'Lo'

Takziah saya uzapkan kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo'Lo'. Semoga keluarga beliau tabah hati. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila sudah mati, politik apa semua takda ke mana. Kematian ini sebagai satu renungan untuk kita semua.

Wednesday, July 13, 2011

Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!


Satu pengajaran yang diperolehi dari himpunan Bersih 2 baru-baru ini untuk semua yang berakal ialah tentang momentum.

Sebelum Bersih, kedua-dua pihak kelihatan sudah kurang minyak, tetapi BN terutama UMNO dilihat lebih bertenaga. Di Internet terutama di blogosfera kelihatan UMNO menguasai. Pilihanraya-pilihanraya kecil, BN menang. Pilihanraya negeri Sarawak ialah big blow kepada Pakatan terutama PKR. Walaupun DAP menang banyak kawasan, ini memang sudah dijangka. Bom paling besar ialah video seks Anwar, yang banyak merenggut jiwa penyokong-penyokong PR.

Akibatnya, aktivis-aktivis Pakatan terutama PKR kurang bertenaga. Lemah semangat.

Oleh sebab itu lah diadakan Bersih. Memang objektif-objektif sampingan termasuk memalukan Najib, mendapat perhatian antarabangsa dan sebagainya, tetapi objektif utamanya ialah Internal, iaitu memberikan minyak iaitu semangat dan tenaga kepada penyokong-penyokong PR.

Sebab itu lah Anwar dan Hj Hadi kini menyebut-nyebut nak buat Bersih 3 pula.

Tapi saya tersentak baru-baru ini bila dapat laporan dari sahabat yang bekerja jauh dalam pentadbiran Pulau Pinang menyatakan bahawa ada kemungkinan Penang akan mengadakan pilihanraya lebih awal, untuk memberi momentum kepada sokongan Pakatan Rakyat seluruh negara dalam Pilihanraya umum. Ini sebab Pakatan yakin Penang memang DAP boleh menang lagi terutama kerana 55% pengundi Penang ialah etnik Cina (walaupun penduduk Melayu lebih ramai!).

Bila dikaitkan dengan isu momentum ini, logik juga.

Soalannya, sudahkah UMNO Penang dan Najib bersedia?!

Tuesday, July 12, 2011

Perusuh BERSIH dibayar RM100! Pakatan Rakyat wajib jelaskan BUKTI Poster dan SMS!

SMS menyuruh ambil duit UPAH Bersih!


    
Sambungan SMS. ADUN Bukit Tengah juga naik nama!



Baca bawah Poster. Saguhati RM100 diberikan!




Apa maknanya ini semua? Peserta BERSIH dibayar?

Rakyat WAJIB buka mata! Ada yang tidak kena kalau peserta perhimpunan Bersih dibayar! Siapa yang bayar? Mana datang bajet! Kata Ambiga ini perhimpunan bukan politik, jadi siapa bayar? BERSIH bayar?

Kenapa YB Pakatan Rakyat terlibat - baca sms di atas! Individu (c) ialah YB Bukit Tengah, Ong Chin Wen.

BERSIH ini rupa-rupanya banyak permainan dia. Rakyat atas pagar WAJIB ambil tahu, dan tuntut penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat.

sumber asal:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/07/hot-pakatan-habiskan-lebih-dari-rm2.html
http://www.pisau.net/2011/07/bukti-perusuh-di-bayar.html

Monday, June 13, 2011

Lo'Lo' perasan bagus, ambil kredit atas usaha Kerajaan!

Maka mendabik dada lah Dr Lo'Lo' di dalam kenyataan akhbarnya bahawa Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu (RUU) adalah atas usahanya.

Sebagai seorang yang lebih 30 tahun berurusan dengan DBKL dan tahu nombor telefon peribadi kebanyakan Pengarah, saya pun call lah satu Pengarah ni, kawan sekolah lama juga, untuk bertanya sambil mengapi-api (hahaha), betul kah DBKL bertindak atas desakan Lo'Lo'?


Marah-marah Pengarah itu, lepas hampir setengah jam di telefon, dia pun tambah, "tak apalah xxx (nama saya), nanti aku emel sikit kat ngko ni ha, pandai-pandai lah ko nak buat apa," katanya menutup perbualan.

Berikut e-melnya untuk tatapan pembaca:-

Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu (RUU) dibuat bukan sebab desakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa atau mana-mana individu.

Pindaan dibuat atas permintaan pemilik dan pewaris Kampong Bharu semasa sessi pembentangan dan penerangan pertama kepada mereka mengenai RUU Perbadanan Kampong Bharu. Selain itu, pindaan juga dibuat secara muafakat bersama-sama NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. Tak ada sangkut-paut dgn Dr Lo'Lo'. Biasalah dia kena lah mengaku, itu kerja orang politik!


Merujuk kepada isu berkaitan Keanggotaan Perbadanan Dalam pindaan RUU, rasional keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris telah ditambah dari dua orang kepada lima orang pula, NGO yang dimaksudkan adalah NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. NGO ini adalah milik pemilik dan pewaris Kampong Bharu.

Kenapa Dr Lo'Lo' pertikaikan bila Kerajaan tambah keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris dari dua orang kepada lima orang? Sepatutnya sebagai wakil rakyat Dr Lo'Lo' kena menyokong, bukan membantah.

Merujuk kepada isu untuk menarik balik RUU yang telah dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Parlimen, penarikan balik adalah tidak perlu kerana YB Menteri boleh membuat bacaan kali kedua dengan pindaan atau tanpa pindaan. Oleh itu, Ahli Parlimen Titiwangsa perlu merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pembentangan Pindaan RUU di Parlimen akan dilakukan setelah pindaan dibuat terhadap RUU Kampong Bharu berdasarkan permohonan daripada NGO yang berkepentingan demi menjaga kepentingan semua pihak terlibat. Tidak timbul sebarang masalah berhubung penetapan tarikh pembentangan Pindaan RUU sebelum pindaan ini siap sepenuhnya kerana pindaan RUU ini dilakukan serentak dengan penetapan tarikh dan akan siap sepenuhnya untuk dibentangkan di Parlimen pada tarikh tersebut.

Apa lah Dr Lo'Lo' ni. Sedarlah sikit. Janganlah semua benda main nak langgar, nak kasar, nak gaduh, menjerit-jerit. Tak boleh ke bawak secara lembut. Sedang wakil rakyat lelaki PAS pun ramai yang bawa isu guna pendekatan lembut, asal rakyat untung. Ini tidak, perempuan PAS pula yang kaki berkasar, sampai kecik hati pegawai kerajaan. Appaaa dah.