Thursday, July 15, 2010

Gempar! Pemuda PAS Wilayah kaki Blue! Ada Bukti!

Memang Pemuda PAS Wilayah kaki Blue!

Siapa yang selalu visit website PAS? Mestilah orang PAS bukan? Kalau website Pemuda PAS? Mestilah Pemuda PAS tak gitu? Kalau website Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan? Mestilah ahli-ahli Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

http://dppwp.wordpress.com

Kita tengok screenshot yang diambil dari website Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Sebenarnya benda ni dah lama ada kat sana, cuma kali ini terfikir saya nak menegur. Buruk benar!

(tengok cepat sebelum depa keluarkan benda ni dari website)



Screenshot ini menunjukkan Artikel yang paling banyak dibuka/dibaca pengunjung. Pengunjung sudah tentunya majoriti besar pemuda-pemuda PAS dan penyokong PAS terutama dari Wilayah Persekutuan.

Kita dekat lagi.



Mak oi! Artikel yang paling favourite dibaca oleh para Pemuda PAS Wilayah ialah "Aksi budak sekolah perempuan diraba beramai-ramai"! Dan kedua favourite pula ialah "4 adegan panas budak sekolah"!!

Apa cerita ni Pemuda PAS Wilayah? Sakit mental ke apa? Atau sakit akhlak? Apa kes suka tengok lucah budak sekolah ni? Mintak orang-orang tua dalam PAS nasihatkan lah sikit budak-budak darah muda ni.

Kokok berdegar-degar, rupa-rupanya kaki tengok lucah dalam Internet!! Mesti bacaan harian ahli-ahli Pemuda PAS ni suratkhabar Metro tak gitu? Hehehe. Mungkin Harakah patut masuk Blue sikit kat dalam Edisi Wilayah Persekutuan, supaya dapat tarik pemudanya baca.

Macam-macam hal.

Monday, January 4, 2010

Ayam Kampung paling best di KL!

Dua postings lepas, saya menulis mengenai apa yg saya rasa ialah Nasi Kandar paling best di KL. Hari ini saya nak cerita pula tentang kedai yg saya rasa jual ayam kampung yg paling enak di KL.

Tempatnya tak lain tak bukan ialah Gerai No. 4, Medan Hang Tuah di The Mall.



Gerai ini memang kegemaran saya jika betul2 teringin nak makan ayam kampung, walaupun untuk The Mall agak leceh dan parkingnya pun tak murah. Tetapi bila gian nak makan ayam kampung yang umpph, saya akan mengajak kawan-kawan ke sana untuk turut sama melantak. Biasanya kalau ke sana, saya akan makan kurang2 dua ketul ayam kampung.

Apa istimewanya, sedangkan ayam kampung ni goreng je, bukannya susah sangat. Betul bunyinya tak susah, tapi entah kenapa kedai-kedai lain goreng pun tak pandai. Tak sodap! Kalau garing dan kalernya cukup cantik pun, rasa dan teksturnya biasanya lari. Saya selalu juga makan ayam kampung yang paling terkenal di KL iaitu di Velodrom Cheras, atau di Medan Selera Lorong Raja Muda Kg Baru, atau pun ayam kampung restoran Bandaraya dekat Lebuh Ampang, tapi rasanya tak sama. Gerai No 4 Medan Hang Tuah still the best!

Tambah pula dengan kuah kuningnya yg lazat (ada 2 jenis, satu kuning lemak, dan satu lagi kaler oren, ala minang), hidangan nasi campur ayam kampung di sini cukup lazat bagi saya.



Apa lagi. Cubalah!