Monday, January 4, 2010

Ayam Kampung paling best di KL!

Dua postings lepas, saya menulis mengenai apa yg saya rasa ialah Nasi Kandar paling best di KL. Hari ini saya nak cerita pula tentang kedai yg saya rasa jual ayam kampung yg paling enak di KL.

Tempatnya tak lain tak bukan ialah Gerai No. 4, Medan Hang Tuah di The Mall.



Gerai ini memang kegemaran saya jika betul2 teringin nak makan ayam kampung, walaupun untuk The Mall agak leceh dan parkingnya pun tak murah. Tetapi bila gian nak makan ayam kampung yang umpph, saya akan mengajak kawan-kawan ke sana untuk turut sama melantak. Biasanya kalau ke sana, saya akan makan kurang2 dua ketul ayam kampung.

Apa istimewanya, sedangkan ayam kampung ni goreng je, bukannya susah sangat. Betul bunyinya tak susah, tapi entah kenapa kedai-kedai lain goreng pun tak pandai. Tak sodap! Kalau garing dan kalernya cukup cantik pun, rasa dan teksturnya biasanya lari. Saya selalu juga makan ayam kampung yang paling terkenal di KL iaitu di Velodrom Cheras, atau di Medan Selera Lorong Raja Muda Kg Baru, atau pun ayam kampung restoran Bandaraya dekat Lebuh Ampang, tapi rasanya tak sama. Gerai No 4 Medan Hang Tuah still the best!

Tambah pula dengan kuah kuningnya yg lazat (ada 2 jenis, satu kuning lemak, dan satu lagi kaler oren, ala minang), hidangan nasi campur ayam kampung di sini cukup lazat bagi saya.



Apa lagi. Cubalah!