Saturday, November 7, 2020

Betul ke peruntukan pengeluaran KWSP Akaun 1 tidak seperti yang diharap?

Sebelum Pengumuman Bajet 2021, banyak posting media sosial yang harapkan Kerajaan izinkan rakyat buat pengeluaran dari akaun 1 KWSP.

Sebelum apa-apa, kena ingat, masa pakej Prihatin diumum dulu Kerajaanlah yang pertama sekali beri izin untuk rakyat buat pengeluaran dari Akaun 2.

Jangan lupa Geng-geng PH masa tu macam ribut mengkritik, kata mereka duit KWSP hanya utk persaraan. Jangan sentuh.

Alhamdulillah, pembangkang sekarang sudah sedar, dia pula yang mendesak bukan aja Akaun 2, malah Akaun 1 juga di suruh beri izin keluar!

Pengumuman Bajet 2021 tadi sudah umumkan:

Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dgn jumlah RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yg kehilangan pekerjaan.

Mengambilkira kedua-dua inisiatif i-Lestari (keluar dari Akaun 2) serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

Reaksi mula timbul. Pertama, orang bertanya, “Kenapa tidak diberi sederap RM6,000 terus? Kalau orang dah 4 bulan tak bayar rumah, RM500 sebulan tak dapat nak bantu buat bayaran!”

Jawapannya ialah: buat rakyat yang pendapatannya terkesan dek Covid dan PKP(B,C,D) maka Kerajaan dah sedia minta bank untuk tolong berikan lanjutan loan moratorium atau susun semula jadual bayaran. Tahu tak Setakat ini, 98% pemohon dapat kelulusan.

Kalau pegawai bank buat leceh dan tak mahu tolong – laporkan terus ke Bank Negara LINK atau ke AKPK.

Diorang akan telefon dan siasat bank tu kenapa tak mahu bantu rakyat yang layak dibantu. Tak percaya cubalah try, ramai yang mengadu akhirnya dapat bantuan yang diperlukan (kalau layak dibantulah).
Kalau betul-betul terdesak, pergilah ke AKPK dan agensi tu boleh bantu bercakap dengan bank untuk susun semula pinjaman. Tapi ingat, buat segera, jangan sampai kena seret ke mahkamah – masa tu AKPK tak dapat menolong.

Sebelum bank ambik langkah saman, segeralah ke AKPK.

Pengeluaran RM500 sebulan dari akaun 1 ni untuk bantu belanja pasar/seharian sekeluarga. Untuk makan minum keluarga. Bukan untuk bayar hutang, apatah lagi untuk beli benda tak perlu. Duit dari KWSP ni untuk selamatkan keluarga, bukan untuk bersuka ria.

Komen kedua, “Kenapa Pengeluaran Akaun 1 ini hanya untuk yang kehilangan pekerjaan sahaja? Kenapa tidak diluaskan kepada yang kena pemotongan gaji?”

Untuk mereka yang kena potong gaji, atau dikurangkan hari bekerja, boleh juga pergi ke bank minta moratorium atau jadual semula pinjaman mereka.
Kerajaan sudah sediakan macam-macam bantuan lain bawah pakej2 PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN sebelum ini.

Berbalik pada isu pengeluaran akaun KWSP, kita kena pergi balik kepada apa tujuan KWSP ini diwujudkan dulu. “KWSP ditubuhkan bagi tujuan simpanan persaraan dengan itu apa-apa perkara yang ingin diperkenalkan perlulah selaras dengan tujuan penubuhan KWSP.”

Itu tujuan dia. Untuk hari tua, bukan hari muda. Kena ingat, tahun 2030, Malaysia akan jadi “aging society” secara rasminya. Jika hari ini kita kekurangan simpanan KWSP, ni akan menjadi satu masalah besar di masa depan. Negara kena mencari jalan untuk menanggung kehidupan golongan pesara yang daif sebab tidak cukup simpanan hari tua.

Akhirnya, duit pembayar cukai juga akan digunakan untuk menyara hidup golongan pesara. Maka mahu tak mahu, Kerajaan hari ini kena cari keseimbangan juga dalam hal ini.
Harus diingat, tidak pernah dalam sejarah negara Akaun 1 KWSP ini dibenarkan diusik.

Hanya satu-satu kali ini sahaja peraturan ini dilonggarkan. Begitu lah beratnya masalah yang negara kita dan dunia hadapi sekarang dek virus Wuhan ni hingga kita langgar peraturan keramat ni.


Last point. “Wei, itu duit aku lah! Apa hal Kerajaan nak sibuk pulak!”

Jawapannya, ni bukan duit hang aja, tapi juga duit dari majikan hang lah! Ini perjanjian yang dibuat masa KWSP ditubuhkan, majikan mencarum untuk pekerja demi masa depan persaraan pekerja. Duit kita (pekerja) 35 peratus dan sumbangan majikan 65 peratus (Berdasar caruman 7% ahli dan 13% majikan). Itu perjanjian asas menubuhkan KWSP. Bukan untuk suka-suka kita langgar perkara ni.

Jadi buat masa ini, bersyukur ada KWSP ini. Bersyukurlah di masa ni Kerajaan benarkan kelonggaran keluarkan dari akaun 2 dulu, dan sekarang akaun 1.
Tapi kenalah untuk mereka yang benar-benar terdesak seperti mereka yang dah hilang kerja. Ini perkara luar biasa, sesuai dengan zaman luar biasa dek pandemic Coronavirus ni.
Tapi kenalah berhemah, kenalah bersyarat, bukan buat sesuka hati. Kita tunggu dan serahkan saja kepada Ahli Parlimen utk didebat di Dewan Rakyat. Mudah-mudahan, rakyat dapat apa yang sewajarnya.

Korang rasa macam mana?

- oleh Cik Munira Bee

No comments:

Post a Comment