Apa Isu JASA ni?
Soalan paling panas yang menyusul oleh geng PH ialah kenapa mulakan balik perbelanjaan yang telah ditamatkan perkhidmatan selama 22 bulan?.
Yang paling kuat bunyi Red Bean Army PH. Nak bagi info sikit, pertama, JASA ini bukan kelahiran setahun jagung, usianya bermula pada 1960 dan ditutup pada 2018 oleh Lim Guan Eng dan konco DAP sebab dendam kesumat pada jabatan kerajaan ni.
Itu sebab diorang marah bila dimulakan balik dengan peruntukkan dari Kerajaan.
Kalau dikira sehingga 2018, ia sudah hampir 58 tahun lamanya dan di setiap Parlimen dari Perlis hingga lah ke Sabah ada 3 pegawai JASA setiap kawasan Parlimen yang semua bukan calang-calang haruslah kelulusan minima sijil degree.
Setiap tahun sebagai pegawai kontrak, mereka akan dinilai dari segi prestasi jika tidak mereka tidak akan disambung kontrak.
JASA telah melalui zaman zaman Tun Razak, dimana JASA lebih menekankan ke arah pembangunan, Zaman Pak Lah pula, ia menekankan kepada masyarakat madani dan paling lama sekali di bawah Tun Mahathir Mohamad, menyebarkan Wawasan 2020 dan terakhir sebelum JASA ditutup di bawah Datuk Seri Najib Razak (1Malaysia).
Pengalaman ini membuatkan team JASA matang, berkemahiran dalam komunikasi mereka ke akar umbi di peringkat daerah, luar bandar, bandar, wilayah malah di peringkat nusantara.
Mungkin, kerajaan PH terlalu gopoh dalam keputusan mereka kerana tidak memberi peluang bagi pegawai JASA berkhidmat di bawah kerajaan baru.
Berapa ramai kita yang kena buang kerja dulu? Jadi penganggur walaupun sebenarnya penjawat awam yang dah lepas saringan. Lebih parah untuk PH, banyak polisi dan pencapaian Kerajaan tak sampai kepada orang PPR, orang kampung.
Begitu juga, banyak ‘feedback’ dari bawah yang tak sampai pada Kerajaan. Mereka lebih direct kepada rakyat setempat, dan mendapat infomasi dan menyebarkan dasar-dasar kerajaan.
Sebab itulah PH bertahan 22 bulan saja. Tiada orang yang membela dan menerangkan dasar Kerajaan kepada rakyat marhaen. PH menyatakan JASA ni ialah macai kelas tinggi berlesen yang membawa fakta dari Kerajaan kepada rakyat dan rakyat kepada Kerajaan.
Jadi sebenarnya, tindakan PH makan diri, pendek akal malah lebih menjurus kepada balas dendam. Mereka mungkin sedar atau tidak, tindakan mereka telah mengakibatkan 782 pegawai kontrak yang terdiri daripada pegawai Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak menjadi penganggur dalam sekelip mata.
Ini tiga ciri penting untuk dikenali sebagai pegawai JASA yang berwibawa, dihormati dan berhemah.
Pegawai JASA ni, bukan berkempen politik, mereka meninjau disetiap ceruk dalam kawasan, mencari, mendapat maklumat dari rakyat dan laporkan kepada kementerian. Setiap kelemahan yang ada dalam kampong-kampong, tugas kerajaan atau agensi kerajaan yang terlibat untuk memperbaikinya. Pegawai JASA juga perlu menerangkan apa yang telah kerajaan buat untk rakyat, sebab apa ? sebab rakyat telah banyak menerima maklumat-maklumat yang tidak betul dari pembangkang.
Janganlah dengki sangat dengan pegawai JASA ni. Sebelum ini, dimana sahaja bertugas, arahlah keseluruh ceruk dalam negara, kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak, tak pernah mereka menolak. Mereka dengan rela hati berkorban masa, tenaga, meninggalkan keluarga semata-mata untuk melaksanakan amanah kerajaan.
JASA yg dibicarakan ini bukanlah JASA yg ditubuhkan dahulu, sekarang semua staf yg sedia ada ada penjawat awam, tanpa kecendurungan mana-mana parti politik, neutral. Hala tuju JASA bukan utk propaganda tetapi kembali kepada gist penubuhan iaitu mengangkat martabat siasah dan agama.
Tahu tak Kos operasi dan pengurusan (pejabat dan gaji) Untuk membuka semula sebuah jabatan yg sudah ditutup oleh Lim Guan Eng memerlukan peruntukkan yang tinggi seperti pejabat, kenderaan dll.
Yang penting pengambilan semula pegawai JASA dengan gaji lama
Tak perlu terperangkap dengan isu PH JASA ni.Diharap netizen banyakkan buat reseach sebelum menbuat andaian, sebab kes ni macam radio buruk, rakyat Malaysia boleh la buat research sendiri dan tengok keperluan JASA untuk negara. Jangan sebabkan isu politik kotor, kita mengabaikan kebaikkan dan perananannya untuk negara.
Details jumlah yang disebut pun semua orang tak tahu lagi. Kita serahkan pada Parlimen utk bahas, dan apa saja keputusannya nanti, diharap itu yang terbaik untuk negara.
Nukilan Faizal Ishak , Pegawai JASA yang dipencenkan
No comments:
Post a Comment