Friday, June 10, 2011

Bukti Hadi tidak layak jadi Pemimpin apatah lagi PM!!!!!!!!!

Ada satu pepatah inggeris yang berbunyi begini

"Better to remain silent and be thought a fool than to speak out and remove all doubt."

Kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu bunyinya lebihkurang begini,

"Lebih baik diam dan orang ingat anda bodoh daripada bersuara dan orang TAHU anda bodoh."

Begitulah apa yang terjadi dengan Hadi Awang hujung minggu lepas.

Kalau Hadi Awang tak beri komen tentang kes pembuktian video seks Anwar, sekurang-kurangnya orang akan fikir bahawa beliau tidak mahu memilih pihak, atau bijak bermain politik.

Tapi Hadi Awang bukan sahaja tidak diam, tetapi memilih membuat komen yang sangat menakjubkan.

Lebih kurang ucapan beliau dalam Muktamar PAS pada 5 Jun 2011 berbunyi “Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

Memang wajar dia digelakkan dengan sehabis-habis gelak oleh bloggers UMNO.

Tapi saya yang dah tua ni dah cukup gelak. Saya nak tengok kenyataan Hadi Awang ini serius sikit.

Ada beberapa pegangan/kepercayaan Hadi yang kita boleh ambil dari kenyataan beliau ini iaitu:-

1. Untuk kes zina dan liwat kena ada saksi Manusia yang ada mata dan telinga.
2. Video tidak boleh dijadikan bahan bukti sebab video itu besi.
3. Disebabkan mesti ada saksi manusia maka bukti lain yang tiada mata tiada telinga seperti DNA, saksi selepas kejadian dan sebelum kejadian, Qarinah (circumstantial evidence), dan semua jenis Bukti sepertimana yang sedia diterima dalam undang-undang, tidak terpakai.

Dalam perkara "konsep empat saksi yang adil" Sudah tentu Hadi merujuk antara lain kepada surah An-Nur ayat 4 dalam menjustifikasi kan kenyataannya,

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq“

Mengenai keperluan empat saksi ini, ada beratus-ratus buku dan rujukan Internet pun mengenainya, boleh saja di'google'. Saya tak sentuh di sini.

Tapi yang hairan bin ajaibnya tentang kenyataan Hadi ialah bagaimana beliau dengan selamba dan mudah menolak bukti video.

Bukankah bukti video ini sudah sedia diakui sebagai bukti yang boleh diterima oleh mahkamah-mahkamah syariah seluruh dunia?

Dan bila beliau menyatakan HANYA saksi mata dan telinga boleh diterima, bukankah beliau juga menolak bukti lain yang diterimapakai dalam Islam? Seperti air mani yang bertabur-tabur, bukti DNA lain, bukti "circumstantial" (Qarinah) dan sebagainya?

Bak kata Ustaz Kazim, jika isteri kita kena rogol (tanpa ada 4 orang saksi) dan ada kamera, video bergambar, air mani dsbnya, maka Hadi memperbodohkan Ummat dgn mengatakan itu semua tidak terpakai kecuali ada 4 orang saksi!

Adakah itu bermakna penjenayah-penjenayah seks boleh mula merogol isteri orang-orang PAS dan memvideokannya sekali tanpa perlu takut? sebab itu semua bukan bukti kata Hadi!

Gila bukan?

Kalau lah Hanya 4 saksi lelaki yang baik sahaja MERUPAKAN SATU-SATUNYA BUKTI YANG BOLEH DITERIMA UNTUK MENSABITKAN ZINA, berapa banyakkah kes rogol, liwat, zina yang boleh dibawa ke mahkamah?

Boleh tak Hadi atau orang-orang PAS jawab?

Sedangkan penyelesaian terbaik ialah menyiasat kandungan Video ini secara detail oleh pakar-pakar terutama tentang isu UTAMA nya iaitu betulkah pelakonnya itu Anwar! Sudah berapa ramaikah pakar Video neutral antarabangsa yang dibawa oleh Anwar atau PKR atau PAS yang mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon video itu bukan Anwar! Bukankah Anwar banyak sahabat-sahabatnya di US termasuk di Hollywood? Kenapa tak gunakan saja kepakaran mereka!

Takut ke?

Kesimpulannya ada 2:

SATU. Takkan la Hadi bodoh sangat.Sebaliknya seperti Anwar, demi politik habis semua diputar belitkan. Hadi tahu itu Anwar, tapi Hadi tahu yang penyokong-penyokong PR walau apa bukti pun mereka takkan percaya Anwar bersalah. Jadi Hadi hanya melepas tengkuknya sahaja. Kenyataan itu dibuat bukan untuk penyokong-penyokong, tetapi untuk Hadi sendiri, iaitu supaya Anwar dan penyokong-penyokong Anwar termasuk penyokong-penyokong Anwar dalam PAS kekal menyokong Hadi!

DUA. Hadi memang percaya akan kata-katanya. Ini bermakna Hadi memang bodoh.


Musykil: Yang musykil nya apa ulasan pemimpin-pemimpin PAS lain, juga blogger-blogger PAS yang baru keluar dari Kursus blog?