Sunday, October 11, 2009

Terima kasih Blog4FT sebab bagi saya visitors!


Caya lah Blog4FT. Khamis lepas saya post lah satu artikel bertajuk Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL? dan submit kan kepada peraduan Blog4FT. Bukannya nak menang pun, saja tengok kalau-kalau boleh tambah visitor.

Sekali tengok by today ha, dah tambah 72 visitors dah dari Blog4FT! Baru 4 hari!

Macam ni semangat lah nak posting kat peraduan ni. Terfikir pulak, hmmm, kenapa tak buat posting yang betul2 boleh menang. Manalah tau.

Thursday, October 8, 2009

Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL?

Lama betul tak ke Sungei Wang. Dulu masa muda-muda dulu itulah antara tempat port utama, port snooker. Bila dah masuk zaman kerja tapi masih bujang, fokus dia bertukar dari snooker ke Karaoke (ehem, ehem) tapi Sungei Wang tetap jadi tumpuan. Sebabnya tak lain tak bukan kedai Nasi Ayam Cina kat corner tu (sekarang dah upgrade jadi Kedai Nasi Ayam moden tapi rasanya tak sama macam dulu) dan food court atas Sungei Wang. Kalau korang tak pernah pergi rugi lah sebab dia punya Nasi Kandar memang power beb!

Lalu 2-3 hari lepas saya pun ke Bukit Bintang lah bersama seorang kawan. Disebabkan masa itu time lunch, jadi pilihan saya ialah untuk pekena Nasi Kandar favourite masa zaman muda-muda dulu.



Ini dia gambar Nasi Kandar saya. Ini nasi kandar ayam standard dia. Ini pun sebenarnya dah start makan ni, sebab tu gambar dia diambil dari angle bawah. Sebab sebelah sana sudah ada lobang!

Member saya order rojak.



So what's the verdict?

Selepas suapan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, verdict saya ialah inilah nasi kandar paling best kat KL, dan pasal itulah dulu masa muda-muda ini tempat kegemaran saya. Kuah dia just nice, sayur dia ngam-ngam je, sesuai untuk hidangan dan ayam goreng dia pun sodap. Cuma satu kelemahan dia ialah dia tak ada sambal merah macam yang Mamak kat Ibramsha Jalan TAR ada. Dan dia tak bagi Cili Hijau fresh macam Ibramsha. (Ibramsha bagi saya ialah Nasi Kandar terbaik di sekitar Jalan TAR/Masjid India).

Tapi bagi saya Mamak Sg Wang ni memang pukul la nasi kandar kat Ibramsha. Setakat Pelita KL dengan Kayu Nasi Kandar kat KL pun dia senang-senang boleh makan. Kalau nak banding dgn Mamak Kg Attap pun rasanya yang ni lagi umpph.

Nak cuba? Ni ha gambar kedai dia. Pergi saja Sg Wang Plaza, naik lift sampai ke Food Court dia kat Tingkat 4 and enjoy!



Thursday, June 4, 2009

Siapa kata Singapura ni terer sangat!

Siapa kata Singapura ni terer sangat! Tengok lah berita terbaru ni, Temasek, iaitu investment arm utama Kerajaan Singapura rugi sampai 1 billion dolar US (Dolar US bukan Dolar Sing) main share Barclays Bank!

Bulan lepas pula depa baru rugi 4.6 billion dolar US hal yang sama, cuma yang itu berkenaan saham Bank of America.

Ini satu tamparan pada ramai rakyat-rakyat Malaysia yang hidupnya mengutuk dan menghina hampir setiap aspek pentadbiran di Malaysia seolah-olah kita ini teruk sangat, bodoh sangat.

Tak keterlaluan kalau saya katakan bahawa dalam setiap kritikan pemuja-pemuja Singapore ini, yang banyak daripadanya boleh dibaca dalam komen-komen Malaysia Today, tersirat sentimen yang mengatakan Melayu tak pandai mentadbir dan orang Singapore juga yang pandai.

Bacalah artikel kat bawah ni. Tak la pandai mana pun.

----------------------------------------------

Temasek sells Barclays stake at 1 bln dlr loss

2 hours ago

SINGAPORE (AFP) — Singapore investment firm Temasek Holdings has sold its stake in Barclays bank at a loss of 500-600 million pounds (815.38-978.45 million US), a report said Thursday.

Unnamed officials were quoted by the Straits Times as saying that Temasek had disposed of the shares, estimated at two percent, between December and January. However, the state-linked firm declined to comment.

"It is inappropriate for us to comment on unsourced reports," a Temasek spokesman said in a statement to AFP.

The reported sale followed a statement Tuesday by an Abu Dhabi state-owned firm that it sold a chunk of its holding in the British lender for a sizeable profit.

International Petroleum Investment Company (IPIC) sold its shares for a total of 3.5 billion pounds, according to Credit Suisse Securities, handing it a gain of 1.5 billion pounds in just seven months.

IPIC had in a statement said it was selling 1.3 billion shares or 13.5 percent of Barclays. The sale leaves IPIC with 5.0 percent of the bank's stock.

Temasek sold its stake in the bank at a time many thought it would be brought under British government control as the credit crisis bit and its share price fell. However, Barclays has since recovered.

Temasek and the Government of Singapore Investment Corp, the city-state's other state investment vehicle, poured billions into Western banks but have seen their holdings' value dive as they were hit by the global economic crisis.

Last month, Temasek announced it had sold its stake in Bank of America without giving any details, although industry analysts calculated it lost about 4.6 billion US dollars in the transaction.

Temasek's chief executive Ho Ching said last month that it would reduce its exposure to Western nations and increase its focus in Asia and other emerging markets such as Latin America and Russia.

"As Asia continues to develop, it continues to de-risk. We are increasingly more confident on Asia's future," Ho said.

Copyright © 2009 AFP. All rights reserved

Wednesday, May 13, 2009

Pemuda PAS Wilayah jangan baling taik lembu kat muka sendiri

Masa zaman Datuk Zulhasnan jadi Menteri Wilayah dulu, pemuda PAS Wilayah terutama kaki bisingnya Herman Samsudeen yang juga SetPol Dr Lo’ Lo’ antara yang paling kuat jadi hero mengutuk beliau – semua yang beliau dan DBKL buat salah, seolah-olah kalau Pemuda PAS yang mentadbir Wilayah, semuanya akan jadi aman dan damai – tak ada kemiskinan, tak ada jenayah, tak ada maksiat.

Ini biasa. Tengok sajalah PAS Selangor. Kalau dulu masa jadi pembangkang, isu kilang arak di Sunway dan Shah Alam menjadi senjata utama mereka – sampai orang UMNO pun percaya yang kalau PAS jadi kerajaan, dah memang gerenti 2 kilang tu tutup.



Bila menang, habuk pun tarak. Ada lagi 2 kilang tu. Ura-ura nak tutup pun tidak. Baru lah bercakap pasal peluang pekerjaan, pasal ekonomi, pasal Malaysia dan Selangor berbilang kaum dan berbagai alasan lagi. Sekurang-kurangnya UMNO tak hipokrit janji nak tutup kilang arak tapi sebenarnya tak mampu pun nak buat. Sekarang ni, mengiau pun tidak pasal kes Kilang arak ni. Salehen Mukhyi Ketua Pemuda PAS Selangor berdecit pun tidak sekarang ni.

Sama lah macam Herman dan Pemuda PAS Wilayah ni. Dia lah yang nak jadi hero. Terbaru dah start nak attack orang harapan baru UMNO Wilayah, Raja Nong Chik. Sebulan Tok Raja jadi Menteri, terkial-kial DPP Wilayah nak cari isu, nak bantai Tok Raja. Nak kata Tok Raja nak makan duit tak boleh, keluarga beliau memang secara tradisinya dari golongan orang senang, tak payah nak cekau projek. Nak kata Tok Raja tak turun padang, semua golongan penjaja dan peniaga Melayu hatta yang gerai tepi jalan pun tau dia ni dah banyak perjuangkan nasib peniaga baik kecil atau besar sebab dia orang NGO Persatuan Peniaga Melayu. Nak kata dia tak peduli masalah orang miskin, Tok Raja dari hari pertama naik dah kata fokus dia kat orang miskin – isu PPR, isu maintenance flet, isu lesen penjaja DBKL – akan jadi prioriti dia. Masalah orang-orang kaya boleh tunggu dulu.

Dan Tok Raja dalam masa sekejap je dah pun berjaya “push” DBKL dan Kerajaan Pusat untuk cepatkan kerja-kerja tangani masalah KL. Puduraya dan masalah berpuluh tahun Plaza Rakyat nampaknya dah ada sinar di hujung jalan, sampai Najib pun dah turun padang. Kalau diselesaikan isu Puduraya dan Plaza Rakyat, golongan yang paling mendapat kesan baik ialah orang susah. Isu setinggan Kg Kerinchi nak pindah rumah lebih baik dah diselesaikan. Dan beliau memenuhkan jadualnya kebanyakan nya dalam program menilai masalah rakyat tersusah – di Wira Jaya, di Wangsa Maju, di Seputeh. di Pantai Dalam dan juga di … ya, di Pandan Indian Settlement.

Maka apabila sebulan tidak ada apa-apa isu untuk ditembak, DPPWP mengambil peluang isu Pandan Indian Settlement untuk menembak Tok Raja. Kata Herman ketua DPPWP, Raja Nong Chik tidak turun padang jumpa sendiri penduduk Indian Settlement, sedangkan Tok Raja sudah pun meeting dengan penduduk Indian Settlement – satu perkara yang Herman patutnya buat research sikit sebelum mengeluarkan press statement yang boleh memalukan DPP Wilayah.

Lagi kata Herman dan dilaporkan Malaysiakini,

“Beliau (Raja Nong Chik) cuba lepas tangan dengan menyatakan bahawa proses penempatan semula setinggan di Indian Settlement, Kampung Pandan adalah kesinambungan usaha menteri terdahulu iaitu Datuk Zulhasnan Rafique dan beliau hanya menyambungnya.”

Ini lah pasalnya PAS memerlukan professional yang berkualiti untuk memimpinnya dan bukan aktivis yang tak faham walau Bahasa Melayu mudahpun.

Apa sebenarnya yang dikatakan RNC tu? RNC cuma kata, ini usaha Datuk Zul, Datuk Zul yang selesaikan dan bukannya saya nak ambil kredit atas usaha beliau. Jelas beliau tak mahu dituduh ambil kredit penat-lelah Datuk Zul, bukannya menyalahkan Datuk Zul.

Sudah-sudahlah tu nak melaga orang wahai Herman. Jangan jadi batu api lah, konon berjuang atas nama agama, tapi nak melaga-lagakan antara orang-orang Islam atas kepentingan pilihanraya.

Lagi kata Herman, tindakan DBKL ini “umpama menghalau mereka dari bumi Wilayah Persekutuan yang menjadi tempat kelahiran mereka.”

Saudara Herman, tanah ini hak semua orang, bukan hak orang-orang yang rasa nak pacak rumah sesuka hati mengaku tanah itu tanah ini milik mereka. Habis kalau esok saya nak pacak rumah di taman KLCC, maka adakah anda akan mempertahankan hak saya? Atau kalau esok saya buat rumah di tanah orang tua Saudara Herman di kampung, adakah anda akan mempertahankan hak saya?

Sudah tentu tidak, kerana jelas tanah itu bukan tanah saya, walaupun saya juga rakyat Malaysia, anak jati Kuala Lumpur dan tok nenek saya sejak zaman-berzaman memang anak KL sejak zaman KL masih milik Selangor. Jadi kenapa sibuk nak mempertahankan orang yang tak ada hak? Hak rakyat yang bersusah-payah belajar dari kecil, belajar malam supaya boleh dapat kerja bagus dan beli rumah secara sah dan bukan duduk di rumah yang dipacak di tanah orang, mahu campak ke mana? Bukankah kami sebagai rakyat Malaysia dan KL juga ada hak ke atas tanah kerajaan itu?

Tak payah lah nak jadi Hero Herman oi. Buat lah benda-benda yang positif dan jangan lah sesuka hati menghentam. Semata-mata orang UMNO buat kerja nak hentam, sedangkan bila orang kafir mahukan azan diperlahankan, kuliah agama disenyapkan sebab depa nak tidur, diam menikus. Berjuang kerana apa saudara?

Menteri Wilayah baru ni baru sebulan jadi Menteri – yang Sdr Herman tu dah berapa lama jadi Exco Pemuda Pas Wilayah, apa sumbangan? Setakat nak mengondem tapi fakta semua salah tak payah lah. Itu sudah jatuh fitnah.

Pada Kamarulzaman, tengok-tengok sikitlah budak Herman ni. Jangan pasal dia pandai menulis sikit bagi free hand kat dia. Ini tidak -- Menteri dah pun jumpa penduduk, dia kata tidak. Baling taik lembu kat orang kena muka sendiri. Buat malu PAS je.

Saturday, February 14, 2009

Apa cerita Program Angkasawan Negara?


Baru-baru ini saya ke Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail dan angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar. Dr Sheikh tak ada tapi Chef Mail ada. Orangnya ramah dan mesra, mungkin pasal saya ni customer, tapi kira saya puas hati lah dengan servis restoran ni. Ada personal touch.

Apa yang diborakkan tak penting, tapi saya terfikir apa dah jadi dengan Program Angkasawan Negara. Daripada satu program yang dibanggakan sekarang banyak timbul isu tak puas hati sana-sini.

Bacaan saya ialah ini kerana pertukaran pimpinan MOSTI dan Angkasa sendiri – kalau nak tau Angkasa tu Agensi Angkasa Negara, kira sama level dengan NASA di US lah.

Kalau dulu, Menteri MOSTI JJ atau Datuk Jamaluddin Jarjis begitu bersemangat dengan program ni. Beliaulah promoter nombor satu Program Angkasawan, ke sana-sini bercakap pasal angkasawan, malah turut berada di Kazakhstan semasa pelancaran roket yang membawa Dr. Sheikh pada malam ke-27 bulan Ramadan itu. Malah PM Pak Lah pun tak sudi pergi ke sana kerana sibuk nak beraya dengan bini barunya masa itu. Tapi JJ tetap turun.

Tapi lepas Jamaludin Jarjis berhenti dari MOSTI, program angkasawan terus senyap. Maka terkial-kial lah mereka yang bertanggungjawab mengenai hal ini di MOSTI dan agensi berkaitan hendak meneruskan juga program ini, sekurang-kurangnya program-program menjelajah ke sekolah. Dalam banyak kes, Dr Sheikh dan Dr Faiz banyak ke program penerangan atas inisiatif sendiri, atas tujuan tak mahu hampakan budak-budak sekolah yang betul-betul excited nak jumpa mereka.

Gitulah lebih kurang ceritanya. Dan ini satu yang menyedihkan. Ramai yang kata, apa guna program ni, habis juta-juta ringgit, lebih baik tolong orang miskin. Ini memang betul, memang saya setuju sangat kita tolong orang miskin, tapi kita tengok macam ni la. Sudah berapa ratus juta negara habiskan untuk membiayai bidang sukan, misalnya. Program bolasepak, badminton, olahraga, lumba basikal, renang dan seribu satu lagi macam sukan. Kalau nak kira, apa lah gunanya program-program ni? Berapa ramai yang untung? Apa keuntungannya pada negara? Begitu juga dengan banyak benda lain yang kita buat guna duit negara? Apa keuntungannya?

Tengok pula program angkasawan ni. Sejak dari mula ia diumumkan, minat anak-anak kita pada sains terutama sains angkasa lepas naik mencanak-canak. Subjek yang selama ini malas depa nak ikut, sekarang ni depa tahu dan belajar sendiri lebih dari apa yang sekolah perlukan. Kalau dulu bila ditanya cita-cita, jawapan standard ialah engineer, akauntan dan lawyer, sekarang ni angkasawan menjadi cita-cita favourite, di samping jurutera angkasa lepas, roket saintis dan sebagainya.

Berapa nilai perubahan sikap dan minda ini?

Memang inilah pun yang sebenarnya ditarget oleh MOSTI pun. Kata Jamaludin Jarjis semasa mengulas pelancaran roket Dr Sheikh, program ini sebagai pemangkin baru pembangunan negara dalam separuh abad yang kedua, dan direka untuk memberi inspirasi dan semangat kepada golongan muda bahawa jika ada kemahuan, semuanya boleh. Everything is now possible. Dan bahawa sains dan teknologi itu satu bidang yang sangat menarik. Dan ini memang jelas berjaya jika dilihat perubahan sikap pelajar-pelajar sekolah hari ini terhadap subjek sains. Kata Dr Faiz dalam blognya,

"I’ve been reading the comments posted on the blog and thank everyone again for their support and wishes. I was released from hospital on Wednesday and am now resting at home. The process of recovery is going well and the injury should heal on time, if not sooner. Insya-Allah. My only regret is not being able to move about and attend the various program that have been arranged for us, including the recent Angkasawan and Innovation Showcase at PWTC. Sorry I couldn’t be there, but moving about too much will hamper the recovery process. So I have been told by the doctors to just stay at home and rest. I was informed that many visitors turned up, and am delighted that the Angkasawan programme had created so much interest especially amongst the young.

It appeared that one the main objectives of the programme, which was to inspire the younger generation of Malaysian and instil interest in the areas of science and technology, had achieved astonishing success. So many of the students that came up to meet me and Sheikh at various places throughout our involvement in this space programme, had enthusiastically told us how they want to become Angkasawan, how they are suddenly interested in learning science, how they want to build rockets etc. And the questions they asked showed that they have certainly done much reading on the subject, which is very surprising as I don’t think (correct me if I’m wrong here) our science curriculum covers much about space science.

However, I have been told by our Western friends (Russians and Americans) that we shouldn’t find this too surprising. Apparently the manned Apollo space missions to the Moon in the 1960s and 1970s led to a surge in interest in science and technology among American youngsters which resulted in the training of a generation of highly-skilled people, many of them turning into engineers and scientists. Many eventually worked for NASA and many others ended up in other areas of science and engineering.

So hopefully, this will also be true of our experience; that these youngsters whose interest has been fired up by this Angkasawan programme will one day be leading engineers and scientists that will serve the country. But what will happen if we suddenly stop our space initiative? What if we stop at just sending Sheikh to space? Will the interest wane after a few years? Will our youngsters then start focusing back on their old idols – singers and actors, and their ambitions change from wanting to become astronauts and scientists to becoming singers and actors, as we have been seeing these past few years? I believe there is a big possibility of this happening if we don’t continue with our space programme. And a golden opportunity would be lost. That is why I believe that we should continue our space programme, with major events planned every few years to provide a continuing buzz and maintain interest in space sciences in particular and science and engineering in general.

So is it just about inspiring students? Of course not. Parents too have been excited, and have stated to us that they want their children to become more involved in science, and some asked us what sort of careers in space science would be available if their children pursue that studies some day. Many also want their children to become medical practitioners like Sheikh and I, although I have to admit that this is something completely unexpected when I joined the program. But it is still a good thing, isn’t it?

The fact is, this space programme has opened up a new perspective in the thinking of many Malaysians. Of course, it has also shown to everyone that when one sets a mind to achieve something, then anything might be possible. The launching of our first astronaut has inspired many to try to realize their dreams. It is the ultimate representation of the “Malaysia Boleh” spirit.

But providing inspiration is only one of the many benefits of our Angkasawan programme. The Angkasawan programme has pushed the local scientific community into the realm of space science – the experiments carried out by Sheikh at the ISS were mostly experiments for our universities’ research projects. In one stroke, whole new areas of scientific studies were opened up by the Angkasawan programme domestically. This can only be positive for our nation and our people. Again, this boost will not sustain if the Angkasawan programme is stopped at its very beginning. A continuous effort is necessary before significant scientific knowledge and spin-offs are generated from this programme."

Apa yang Dr Faiz kata tu dah cukup untuk jadi renungan. Sesetengah orang memang tak boleh nak terima apa saja yang kerajaan buat, semuanya salah. Mungkin mereka lebih suka anak mereka idolize Mawi dari berimpian menjadi seperti Dr. Sheikh atau Dr. Faiz. Tapi bagi yang lain, yang bersedia membuka mata dan melihat ini dalam konteks yang lebih besar dari konteks "oh lebih baik guna duit tu tolong orang miskin", penyemarakkan semula program ini, satu rejuvenation ke atas program ini, perlu digesa dan disokong.

Kalau tidak, mereka yang bencikan program ini dari mula, yang memang mahu melihat kegagalan semua projek negara, yang sentiasa mahu mempermain-mainkan kejayaan orang Malaysia, akan ketawa berdekah-dekah dengan hidung tinggi mereka dan berkata "We told you so". Tolong jangan berikan kepuasan ini pada mereka.

Wednesday, January 21, 2009

Mana Prabhakaran Ketua Tamil Tigers? Cuba tanya Timbalan KM Penang.


Sekonyong-konyong Malaysiakini melaporkan bahawa Prabhakaran, Ketua pemberontak Tamil Tigers kini ada di Penang. Pulak dah! Apa cerita ni?

Website Asiantribune.com melaporkan:

“Sri Lankan army source speculated that he might be either in some coastal area in between Kerala and Tamil Nadu, or else in Penang, Malaysia. When asked why Malaysia, Army source said civilians are of the view that in Malaysia there are scores of hardcore LTTE supporters and many of them in the Penang state. In that state, there are good number of hardcore LTTErs in the state government and it would be easy for them to keep him in safe houses in Penang.”

Eh, siapa pulak yang Tentera Sri Lanka ni kata “hardcore LTTers in the State Government”?

Lalu saya pun menanya Encik Google. Jawapan Encik Google ialah, jeng, jeng, jeng, Ya, tak lain tak bukan, Timbalan Ketua Menteri II Penang, Prof Ramasamy, yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Rupa-rupanya si Ramasamy ni memang bukan saja penyokong tegar, tapi memang bergelumang dalam perjuangan LTTE ni. Dia ahli Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE. Macam mana seorang rakyat Malaysia bertaraf Professor, pemimpin tertinggi sebuah parti utama, dan jugak orang No. 2 atau 3 dalam Kerajaan Negeri boleh masuk jawatankuasa satu kumpulan pemberontak terhadap satu Kerajaan yang sah dan yang telah melakukan beribu-ribu pembunuhan terhadap askar kerajaan Sri Lanka dan penduduk negara Sri Lanka teman pun tak tahu. Ini sama tarafnya dengan Datuk Ali Rustam duduk dalam jawatankuasa Al-Qaeda!


Kata Ramasamy dalam artikelnya bertajuk “Malaysian Tamils Back the Cause of Eelam”

Tamils in Malaysia are fully behind the struggle for Eelam. ...

It would not be wrong to say that Tamils, particularly the youth, have very high regards for the LTTE leadership in general and its Supremo Prabhakaran in particular. Tamils in Malaysia consider Prabhakaran as their hero; the presence of his pictures or portraits is becoming a common feature in the homes of Tamil youths. In the pro-LTTE demonstrations organised in Malaysia some years back, Prabhakaran pictures were displayed quite prominently so much so the police were quite upset.
...

The pro-Malay policies of the government have discriminated against Tamils being meaningfully employed in the different sectors of the economy. Beyond this, Tamils are finding it difficult to erect places of worship and have curbs placed on their cultural activities. Their own leaders have not really championed their cause. Many of them by closely accommodating to the Malay elite have fundamentally neglected the welfare and well-being of the community. Thus, given this scenario, it is no wonder that Tamils longing for meaningful change have become quite radicalised. Their admiration of the LTTE have grown by leaps and bounds over the recent years. In fact, many of them secretly wish that they had a militant organisation to take up their cause.

Third and not the least, the selfless struggle waged by the LTTE, the utter dedication of its leaders, the disciplined nature of their performance and others have not been lost on the Tamil population in Malaysia. The role of LTTE has given Tamils here much pride and dignity as Tamils. In short, LTTE has been a fantastic morale booster to Tamils in Malaysia.

The LTTE leadership stands in stark contrast to the kind of Tamil leadership in Malaysia. Tamils leaders in Malaysia are not only corrupt but totally an indecent lost. Lacking the moral integrity and pride, these leaders have sold the community outright. By accommodating closely with their Malay patrons, they have become alienated from the rank and file. In fact, it will be a truism to state that Tamil political parties and organisations have not done anything for the betterment of the community from the time of political independence; but on the contrary, they have endorsed the racist policies of the Malay state.

About 75 percent of Tamils are members of the working class-both in the plantations and urban areas. Tamils share of the national equity is only about 1.5 percent; a share predominately held by rich Tamils who have no sense of solidarity with the working class.

All in all, Tamils have been neglected for about 100 years, and if such a neglect is not addressed in coming years, Tamils might think of some alternative plans to improve their lot. As one former Tamil politician remarked some years ago: “We Tamils may be poor, but we are not cowards”. In a recent cultural event held at one of the universities, a Tamil student leader remarked at the end of his speech in Tamil: “If the government is not going to address our educational and cultural grievances, then we will have choice but to plant the ....flag”.

Umang ai! Bukan saja si Ramasamy ni menyokong pemberontakan bersenjata LTTE di Sri Lanka, rupa-rupanya ada terlintas dalam fikirannya untuk pemberontakan bersenjata LTTE ni dibawa ke Malaysia.

Apa cerita ni?

Harus diingat, Tamil Tigers atau LTTE ni bukannya kecik anak punya terrorists. Mereka mempunyai funding yang banyak, senjata yang banyak, skuad suicide bombers dan pernah melaksanakan pembunuhan terhadap seorang Ketua Negara iaitu PM India Rajiv Ghandi pada tahun 1991. Malah mereka juga mempunyai kapal perang dan jet pejuang sendiri! Kehadiran mereka di Malaysia, atau peningkatan sokongan mereka oleh kaum Tamil di Malaysia yang semakin militan, bukanlah perkara enteng.

Kalau dulu masa kes Jemaah Islamiyah dan letupan di Indonesia bukan kah pembantu-pembantu Jemaah Islamiyah di Malaysia serta-merta ditangkap dan disiasat. Ini kes Timbalan Ketua Menteri Penang ni macam mana pula? Ini hal serius yang patut dibincangkan dan diambil tindakan.

Monday, January 12, 2009

Benarkah syarikat Malaysia yang jadi mangsa boikot barangan Israel dan US?


Rata-rata akhir-akhir ini seruan memboikot barangan Israel dan syarikat AS yang ada hubungan dengan Israel begitu kuat sekali. Ia datang dari berbagai penjuru tanpa mengira parti – dari Tun Mahathir, dari Nik Aziz, malah bakal PM sendiri dari gaya kenyataannya memberikan lampu hijau untuk boikot.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang membuka hati-hati manusia Islam di bumi Malaysia ini untuk berbuat sesuatu dalam menghadapi kekejaman Israel di Gaza.


Tetapi hari ini Januari 13 2009 sudah terdengar pulak suara-suara yang mengingatkan bahawa boikot ini hanya akan memberi kesan buruk kepada syarikat-syarikat Malaysia. Pengarah PR Coca-Cola Malaysia Nordin Kadri berkata Coca-Cola Malaysia mempunyai 1700 kakitangan dengan 60% daripadanya Bumiputera (60% Islam lah tu), dan boikot akan menjejaskan pekerjaan dan kehidupan mereka. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ong Ka Chuan turut berkata demikian, merujuk kepada Starbucks dan Coca-Cola. Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corp., berkata “Semua brand AS dimiliki ahli perniagaan tempatan. Starbucks milik kami (Berjaya). Jika anda boikot Starbucks, kami juga akan ditimpa kesannya.”

Mari kita kupas isu ini sedikit mendalam.

Pertama, setiap kenyataan di atas itu ada benarnya. Jika kita ambil contoh yang mudah-mudah, iaitu McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola, tanpa perlu kita dapatkan angka rasmi pun kita dah tahu kebanyakan pekerjanya ialah orang Islam-Melayu. Jika boikot nanti berkesan sudah tentu ada kedai, cawangan malah seluruh kilang akan tutup, menyebabkan budak-budak Islam ini yang memilih untuk bekerja dan bukannya melacur sebagai GRO, mencuri atau menipu, tertekan dan hidup susah kerana kehilangan kerja. Bukan begitu?

Jawapannya ya. Tetapi kedai tutup, kilang tutup, kerja hilang, ini semua perkara biasa dalam kehidupan. Ini memang membebankan mereka, tetapi beban ini jauh lebih ringan dari beban yang sedang ditanggung oleh penduduk Palestin Gaza sama ada sekarang atau sejak wujudnya negara haram Israel. Jika inilah harga yang harus dibayar orang Islam Malaysia, maka seruan saya ialah bayarlah, tidak apa. Rezeki mendapatkan pekerjaan baru, tukar kerja, gaji dan sebagainya ialah ketentuan Allah asal sahaja kita berusaha. Kalau orang-orang Melayu di Coca-Cola, McDonalds dsb tadi hilang kerja mereka, insya-Allah ada kerja lain yang lebih baik.

Tambahan pula, jika kurangnya duit dibelanjakan kepada McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola, bermakna duit itu akan dibelanjakan ke tempat lain, ke kedai makanan lain, untuk membeli air botol yang lain. Mungkin alternatif lain tadi ialah makanan dan minuman keluaran Malaysia, bermakna ada permintaan baru dan oleh itu kerja baru yang diwujudkan di tempat lain. Dan oleh sebabnya pengeluarnya betul-betul syarikat Malaysia tulin, maka duit tadi tidak perlulah sebahagiannya dihantar pula balik ke ibupejabat-ibupejabat di AS, yang kemudiannya disalurkan pula ke Israel.

Tak begitu?

Bayangkan pula jika betul-betul pengeluar tempatan tidak kisah Islam atau bukan Islam, tak kira Melayu Cina Kadazan Iban India Sikh atau Melanau, mengambil peluang sikap masyarakat yang mahukan produk alternatif keluaran Malaysia, lalu mula mengeluarkan produk tempatan yang setanding. Bagaimana pula kesannya dengan ekonomi negara? Sudah tentu mencanak naik, kerana tidak ada sedikitpun keuntungan yang perlu dihantar balik ke ibu-pejabat masing-masing milik Israel seluruh dunia!


Kita pergi dalam sikit lagi.

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang memboikot, tetapi jutaan rakyat dunia sedang memboikot dan akan terus memboikot. Bukankah mereka ini pengguna yang tiba-tiba sahaja kehilangan produk-produk yang selama ini menjadi pilihan mereka. Ini semua pasaran baru, berjumlah berbillion Ringgit. Bayangkan kalau kita pengeluar lampin pakai buang berkualiti tinggi – berapa banyak pengguna Huggies yang sekarang ini sedang mencari-cari produk baru pengganti Huggies. Bekas pengguna Johnsons & Johnsons? Bekas pengguna Coca-Cola? Bekas pengguna McDonalds?

Kita ambil produk lain pula. Kita boleh lihat pasar raya Carrefour juga disenaraikan. Pemboikot-pemboikot yang biasa membeli di Carrefour masih perlu beli barang bukan. Antara alternatif mereka ialah Giant dan Mydin, dua syarikat Malaysia. Bukankah ini satu yang lebih bagus, sebab dengan Carrefour sebahagian perolehan mereka akan dihantar balik ke negara mereka, sedangkan untuk Giant dan Mydin perolehan itu akan kekal di sini seluruhnya. Kerja yang hilang di Carrefour akan wujud di Giant atau Mydin atau mana-mana hypermarket lain yang tak terlibat. Nampak point saya?

Saya yakin di tempat-tempat yang mana Carrefour bersaing direct dengan Giant seperti di Subang Jaya atau Wangsa Maju jualan Carrefour dalam seminggu ni jatuh dan jualan Giant naik. Tak elokkah kalau syarikat tempatan menang lawan syarikat asing?

Kedua, lebih kurang 45% dari barangan perkilangan (manufacturing goods) Malaysia dieksport ke US. Jika US membalas (retaliate) maka kesan ekonominya akan menjadi sangat dahsyat sekali bagi Malaysia.

Ok, risiko ini nampaknya lebih berat dari perbincangan di atas. Itulah sebabnya boikot ini, gerakan ini, harus bermula dari gerakan rakyat, gerakan massa. Kerajaan harus mengambil sikap berkecuali, dan nampak gayanya inilah pendirian kerajaan, iaitu tidak menggalak atau menghalang. Harus diingat ini bukannya usaha rakyat Malaysia sahaja, malah usaha berjuta mungkin berbilion orang di setiap negara di dunia (mungkin Israel tak lah kot). Saya yakin lebih ramai orang di negara-negara Eropah yang memboikot dari di Malaysia. Jika US ingin menghukum, maka mereka harus menghukum setiap negara di dunia. Yang pentingnya kerajaan harus berkecuali.

Bagaimana jika US mungkin retaliate juga atas alasan Kerajaan Malaysia tidak menasihatkan rakyat supaya jangan memboikot. Mudah sahaja jawapannya. Pak Lah atau Najib akan kata, “jika kami tak berkecuali dan dilihat menyokong US, maka esok jugak akan ada rusuhan di negara kami oleh rakyat kami yang menyokong Gaza. Hal Gaza ini bukan buatan Malaysia, tetapi buatan Israel dan US.”

Jadi tidak timbul isu retaliation oleh US asal saja bukan kerajaan Malaysia yang menggalakkan boikot.

Atau bagaimana? Mari bincangkan.