Masa zaman Datuk Zulhasnan jadi Menteri Wilayah dulu, pemuda PAS Wilayah terutama kaki bisingnya Herman Samsudeen yang juga SetPol Dr Lo’ Lo’ antara yang paling kuat jadi hero mengutuk beliau – semua yang beliau dan DBKL buat salah, seolah-olah kalau Pemuda PAS yang mentadbir Wilayah, semuanya akan jadi aman dan damai – tak ada kemiskinan, tak ada jenayah, tak ada maksiat.
Ini biasa. Tengok sajalah PAS Selangor. Kalau dulu masa jadi pembangkang, isu kilang arak di Sunway dan Shah Alam menjadi senjata utama mereka – sampai orang UMNO pun percaya yang kalau PAS jadi kerajaan, dah memang gerenti 2 kilang tu tutup.
Bila menang, habuk pun tarak. Ada lagi 2 kilang tu. Ura-ura nak tutup pun tidak. Baru lah bercakap pasal peluang pekerjaan, pasal ekonomi, pasal Malaysia dan Selangor berbilang kaum dan berbagai alasan lagi. Sekurang-kurangnya UMNO tak hipokrit janji nak tutup kilang arak tapi sebenarnya tak mampu pun nak buat. Sekarang ni, mengiau pun tidak pasal kes Kilang arak ni. Salehen Mukhyi Ketua Pemuda PAS Selangor berdecit pun tidak sekarang ni.
Sama lah macam Herman dan Pemuda PAS Wilayah ni. Dia lah yang nak jadi hero. Terbaru dah start nak attack orang harapan baru UMNO Wilayah, Raja Nong Chik. Sebulan Tok Raja jadi Menteri, terkial-kial DPP Wilayah nak cari isu, nak bantai Tok Raja. Nak kata Tok Raja nak makan duit tak boleh, keluarga beliau memang secara tradisinya dari golongan orang senang, tak payah nak cekau projek. Nak kata Tok Raja tak turun padang, semua golongan penjaja dan peniaga Melayu hatta yang gerai tepi jalan pun tau dia ni dah banyak perjuangkan nasib peniaga baik kecil atau besar sebab dia orang NGO Persatuan Peniaga Melayu. Nak kata dia tak peduli masalah orang miskin, Tok Raja dari hari pertama naik dah kata fokus dia kat orang miskin – isu PPR, isu maintenance flet, isu lesen penjaja DBKL – akan jadi prioriti dia. Masalah orang-orang kaya boleh tunggu dulu.
Dan Tok Raja dalam masa sekejap je dah pun berjaya “push” DBKL dan Kerajaan Pusat untuk cepatkan kerja-kerja tangani masalah KL. Puduraya dan masalah berpuluh tahun Plaza Rakyat nampaknya dah ada sinar di hujung jalan, sampai Najib pun dah turun padang. Kalau diselesaikan isu Puduraya dan Plaza Rakyat, golongan yang paling mendapat kesan baik ialah orang susah. Isu setinggan Kg Kerinchi nak pindah rumah lebih baik dah diselesaikan. Dan beliau memenuhkan jadualnya kebanyakan nya dalam program menilai masalah rakyat tersusah – di Wira Jaya, di Wangsa Maju, di Seputeh. di Pantai Dalam dan juga di … ya, di Pandan Indian Settlement.
Maka apabila sebulan tidak ada apa-apa isu untuk ditembak, DPPWP mengambil peluang isu Pandan Indian Settlement untuk menembak Tok Raja. Kata Herman ketua DPPWP, Raja Nong Chik tidak turun padang jumpa sendiri penduduk Indian Settlement, sedangkan Tok Raja sudah pun meeting dengan penduduk Indian Settlement – satu perkara yang Herman patutnya buat research sikit sebelum mengeluarkan press statement yang boleh memalukan DPP Wilayah.
Lagi kata Herman dan dilaporkan Malaysiakini,
“Beliau (Raja Nong Chik) cuba lepas tangan dengan menyatakan bahawa proses penempatan semula setinggan di Indian Settlement, Kampung Pandan adalah kesinambungan usaha menteri terdahulu iaitu Datuk Zulhasnan Rafique dan beliau hanya menyambungnya.”
Ini lah pasalnya PAS memerlukan professional yang berkualiti untuk memimpinnya dan bukan aktivis yang tak faham walau Bahasa Melayu mudahpun.
Apa sebenarnya yang dikatakan RNC tu? RNC cuma kata, ini usaha Datuk Zul, Datuk Zul yang selesaikan dan bukannya saya nak ambil kredit atas usaha beliau. Jelas beliau tak mahu dituduh ambil kredit penat-lelah Datuk Zul, bukannya menyalahkan Datuk Zul.
Sudah-sudahlah tu nak melaga orang wahai Herman. Jangan jadi batu api lah, konon berjuang atas nama agama, tapi nak melaga-lagakan antara orang-orang Islam atas kepentingan pilihanraya.
Lagi kata Herman, tindakan DBKL ini “umpama menghalau mereka dari bumi Wilayah Persekutuan yang menjadi tempat kelahiran mereka.”
Saudara Herman, tanah ini hak semua orang, bukan hak orang-orang yang rasa nak pacak rumah sesuka hati mengaku tanah itu tanah ini milik mereka. Habis kalau esok saya nak pacak rumah di taman KLCC, maka adakah anda akan mempertahankan hak saya? Atau kalau esok saya buat rumah di tanah orang tua Saudara Herman di kampung, adakah anda akan mempertahankan hak saya?
Sudah tentu tidak, kerana jelas tanah itu bukan tanah saya, walaupun saya juga rakyat Malaysia, anak jati Kuala Lumpur dan tok nenek saya sejak zaman-berzaman memang anak KL sejak zaman KL masih milik Selangor. Jadi kenapa sibuk nak mempertahankan orang yang tak ada hak? Hak rakyat yang bersusah-payah belajar dari kecil, belajar malam supaya boleh dapat kerja bagus dan beli rumah secara sah dan bukan duduk di rumah yang dipacak di tanah orang, mahu campak ke mana? Bukankah kami sebagai rakyat Malaysia dan KL juga ada hak ke atas tanah kerajaan itu?
Tak payah lah nak jadi Hero Herman oi. Buat lah benda-benda yang positif dan jangan lah sesuka hati menghentam. Semata-mata orang UMNO buat kerja nak hentam, sedangkan bila orang kafir mahukan azan diperlahankan, kuliah agama disenyapkan sebab depa nak tidur, diam menikus. Berjuang kerana apa saudara?
Menteri Wilayah baru ni baru sebulan jadi Menteri – yang Sdr Herman tu dah berapa lama jadi Exco Pemuda Pas Wilayah, apa sumbangan? Setakat nak mengondem tapi fakta semua salah tak payah lah. Itu sudah jatuh fitnah.
Pada Kamarulzaman, tengok-tengok sikitlah budak Herman ni. Jangan pasal dia pandai menulis sikit bagi free hand kat dia. Ini tidak -- Menteri dah pun jumpa penduduk, dia kata tidak. Baling taik lembu kat orang kena muka sendiri. Buat malu PAS je.
Bila pulak PAS perintah Negeri Selangor. Tan Sri Khaled tu bukankah orang PKR. Lainlah kalau MBnya orang PAS. PASti 2 kilang arak tu tutup. Cakap biar berlapik. Tengok fakta. Jgn serang kosong je.
ReplyDeleteSdr Anonymous,
ReplyDeleteBukan saya nak serang kosong - tapi patut Sdr Herman pakai otak lah masa membaca statement Raja Nong Chik tu; jelas apa yg dia cakap tak sama dengan interpretasi beliau.
Saya nampak DPPWP secara onlinenya terlalu banyak bergantung pada Herman. Tak semestinya professional ni pandai, mungkin orang biasa pun janji dia pakai akal dan iman boleh buat better dari dia.
Pasal Selangor bukanke PAS tu sebahagian PR? Janganlah jadikan ini alasan - klu dah tau tak boleh buat jangan janji bukan2. PAS berjuang ini kerana apa? Kerana pilihanraya? Klu mcm tu tak payah cakap pasal Islam la.