Wednesday, January 21, 2009

Mana Prabhakaran Ketua Tamil Tigers? Cuba tanya Timbalan KM Penang.


Sekonyong-konyong Malaysiakini melaporkan bahawa Prabhakaran, Ketua pemberontak Tamil Tigers kini ada di Penang. Pulak dah! Apa cerita ni?

Website Asiantribune.com melaporkan:

“Sri Lankan army source speculated that he might be either in some coastal area in between Kerala and Tamil Nadu, or else in Penang, Malaysia. When asked why Malaysia, Army source said civilians are of the view that in Malaysia there are scores of hardcore LTTE supporters and many of them in the Penang state. In that state, there are good number of hardcore LTTErs in the state government and it would be easy for them to keep him in safe houses in Penang.”

Eh, siapa pulak yang Tentera Sri Lanka ni kata “hardcore LTTers in the State Government”?

Lalu saya pun menanya Encik Google. Jawapan Encik Google ialah, jeng, jeng, jeng, Ya, tak lain tak bukan, Timbalan Ketua Menteri II Penang, Prof Ramasamy, yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Rupa-rupanya si Ramasamy ni memang bukan saja penyokong tegar, tapi memang bergelumang dalam perjuangan LTTE ni. Dia ahli Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE. Macam mana seorang rakyat Malaysia bertaraf Professor, pemimpin tertinggi sebuah parti utama, dan jugak orang No. 2 atau 3 dalam Kerajaan Negeri boleh masuk jawatankuasa satu kumpulan pemberontak terhadap satu Kerajaan yang sah dan yang telah melakukan beribu-ribu pembunuhan terhadap askar kerajaan Sri Lanka dan penduduk negara Sri Lanka teman pun tak tahu. Ini sama tarafnya dengan Datuk Ali Rustam duduk dalam jawatankuasa Al-Qaeda!


Kata Ramasamy dalam artikelnya bertajuk “Malaysian Tamils Back the Cause of Eelam”

Tamils in Malaysia are fully behind the struggle for Eelam. ...

It would not be wrong to say that Tamils, particularly the youth, have very high regards for the LTTE leadership in general and its Supremo Prabhakaran in particular. Tamils in Malaysia consider Prabhakaran as their hero; the presence of his pictures or portraits is becoming a common feature in the homes of Tamil youths. In the pro-LTTE demonstrations organised in Malaysia some years back, Prabhakaran pictures were displayed quite prominently so much so the police were quite upset.
...

The pro-Malay policies of the government have discriminated against Tamils being meaningfully employed in the different sectors of the economy. Beyond this, Tamils are finding it difficult to erect places of worship and have curbs placed on their cultural activities. Their own leaders have not really championed their cause. Many of them by closely accommodating to the Malay elite have fundamentally neglected the welfare and well-being of the community. Thus, given this scenario, it is no wonder that Tamils longing for meaningful change have become quite radicalised. Their admiration of the LTTE have grown by leaps and bounds over the recent years. In fact, many of them secretly wish that they had a militant organisation to take up their cause.

Third and not the least, the selfless struggle waged by the LTTE, the utter dedication of its leaders, the disciplined nature of their performance and others have not been lost on the Tamil population in Malaysia. The role of LTTE has given Tamils here much pride and dignity as Tamils. In short, LTTE has been a fantastic morale booster to Tamils in Malaysia.

The LTTE leadership stands in stark contrast to the kind of Tamil leadership in Malaysia. Tamils leaders in Malaysia are not only corrupt but totally an indecent lost. Lacking the moral integrity and pride, these leaders have sold the community outright. By accommodating closely with their Malay patrons, they have become alienated from the rank and file. In fact, it will be a truism to state that Tamil political parties and organisations have not done anything for the betterment of the community from the time of political independence; but on the contrary, they have endorsed the racist policies of the Malay state.

About 75 percent of Tamils are members of the working class-both in the plantations and urban areas. Tamils share of the national equity is only about 1.5 percent; a share predominately held by rich Tamils who have no sense of solidarity with the working class.

All in all, Tamils have been neglected for about 100 years, and if such a neglect is not addressed in coming years, Tamils might think of some alternative plans to improve their lot. As one former Tamil politician remarked some years ago: “We Tamils may be poor, but we are not cowards”. In a recent cultural event held at one of the universities, a Tamil student leader remarked at the end of his speech in Tamil: “If the government is not going to address our educational and cultural grievances, then we will have choice but to plant the ....flag”.

Umang ai! Bukan saja si Ramasamy ni menyokong pemberontakan bersenjata LTTE di Sri Lanka, rupa-rupanya ada terlintas dalam fikirannya untuk pemberontakan bersenjata LTTE ni dibawa ke Malaysia.

Apa cerita ni?

Harus diingat, Tamil Tigers atau LTTE ni bukannya kecik anak punya terrorists. Mereka mempunyai funding yang banyak, senjata yang banyak, skuad suicide bombers dan pernah melaksanakan pembunuhan terhadap seorang Ketua Negara iaitu PM India Rajiv Ghandi pada tahun 1991. Malah mereka juga mempunyai kapal perang dan jet pejuang sendiri! Kehadiran mereka di Malaysia, atau peningkatan sokongan mereka oleh kaum Tamil di Malaysia yang semakin militan, bukanlah perkara enteng.

Kalau dulu masa kes Jemaah Islamiyah dan letupan di Indonesia bukan kah pembantu-pembantu Jemaah Islamiyah di Malaysia serta-merta ditangkap dan disiasat. Ini kes Timbalan Ketua Menteri Penang ni macam mana pula? Ini hal serius yang patut dibincangkan dan diambil tindakan.

Monday, January 12, 2009

Benarkah syarikat Malaysia yang jadi mangsa boikot barangan Israel dan US?


Rata-rata akhir-akhir ini seruan memboikot barangan Israel dan syarikat AS yang ada hubungan dengan Israel begitu kuat sekali. Ia datang dari berbagai penjuru tanpa mengira parti – dari Tun Mahathir, dari Nik Aziz, malah bakal PM sendiri dari gaya kenyataannya memberikan lampu hijau untuk boikot.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang membuka hati-hati manusia Islam di bumi Malaysia ini untuk berbuat sesuatu dalam menghadapi kekejaman Israel di Gaza.


Tetapi hari ini Januari 13 2009 sudah terdengar pulak suara-suara yang mengingatkan bahawa boikot ini hanya akan memberi kesan buruk kepada syarikat-syarikat Malaysia. Pengarah PR Coca-Cola Malaysia Nordin Kadri berkata Coca-Cola Malaysia mempunyai 1700 kakitangan dengan 60% daripadanya Bumiputera (60% Islam lah tu), dan boikot akan menjejaskan pekerjaan dan kehidupan mereka. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ong Ka Chuan turut berkata demikian, merujuk kepada Starbucks dan Coca-Cola. Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corp., berkata “Semua brand AS dimiliki ahli perniagaan tempatan. Starbucks milik kami (Berjaya). Jika anda boikot Starbucks, kami juga akan ditimpa kesannya.”

Mari kita kupas isu ini sedikit mendalam.

Pertama, setiap kenyataan di atas itu ada benarnya. Jika kita ambil contoh yang mudah-mudah, iaitu McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola, tanpa perlu kita dapatkan angka rasmi pun kita dah tahu kebanyakan pekerjanya ialah orang Islam-Melayu. Jika boikot nanti berkesan sudah tentu ada kedai, cawangan malah seluruh kilang akan tutup, menyebabkan budak-budak Islam ini yang memilih untuk bekerja dan bukannya melacur sebagai GRO, mencuri atau menipu, tertekan dan hidup susah kerana kehilangan kerja. Bukan begitu?

Jawapannya ya. Tetapi kedai tutup, kilang tutup, kerja hilang, ini semua perkara biasa dalam kehidupan. Ini memang membebankan mereka, tetapi beban ini jauh lebih ringan dari beban yang sedang ditanggung oleh penduduk Palestin Gaza sama ada sekarang atau sejak wujudnya negara haram Israel. Jika inilah harga yang harus dibayar orang Islam Malaysia, maka seruan saya ialah bayarlah, tidak apa. Rezeki mendapatkan pekerjaan baru, tukar kerja, gaji dan sebagainya ialah ketentuan Allah asal sahaja kita berusaha. Kalau orang-orang Melayu di Coca-Cola, McDonalds dsb tadi hilang kerja mereka, insya-Allah ada kerja lain yang lebih baik.

Tambahan pula, jika kurangnya duit dibelanjakan kepada McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola, bermakna duit itu akan dibelanjakan ke tempat lain, ke kedai makanan lain, untuk membeli air botol yang lain. Mungkin alternatif lain tadi ialah makanan dan minuman keluaran Malaysia, bermakna ada permintaan baru dan oleh itu kerja baru yang diwujudkan di tempat lain. Dan oleh sebabnya pengeluarnya betul-betul syarikat Malaysia tulin, maka duit tadi tidak perlulah sebahagiannya dihantar pula balik ke ibupejabat-ibupejabat di AS, yang kemudiannya disalurkan pula ke Israel.

Tak begitu?

Bayangkan pula jika betul-betul pengeluar tempatan tidak kisah Islam atau bukan Islam, tak kira Melayu Cina Kadazan Iban India Sikh atau Melanau, mengambil peluang sikap masyarakat yang mahukan produk alternatif keluaran Malaysia, lalu mula mengeluarkan produk tempatan yang setanding. Bagaimana pula kesannya dengan ekonomi negara? Sudah tentu mencanak naik, kerana tidak ada sedikitpun keuntungan yang perlu dihantar balik ke ibu-pejabat masing-masing milik Israel seluruh dunia!


Kita pergi dalam sikit lagi.

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang memboikot, tetapi jutaan rakyat dunia sedang memboikot dan akan terus memboikot. Bukankah mereka ini pengguna yang tiba-tiba sahaja kehilangan produk-produk yang selama ini menjadi pilihan mereka. Ini semua pasaran baru, berjumlah berbillion Ringgit. Bayangkan kalau kita pengeluar lampin pakai buang berkualiti tinggi – berapa banyak pengguna Huggies yang sekarang ini sedang mencari-cari produk baru pengganti Huggies. Bekas pengguna Johnsons & Johnsons? Bekas pengguna Coca-Cola? Bekas pengguna McDonalds?

Kita ambil produk lain pula. Kita boleh lihat pasar raya Carrefour juga disenaraikan. Pemboikot-pemboikot yang biasa membeli di Carrefour masih perlu beli barang bukan. Antara alternatif mereka ialah Giant dan Mydin, dua syarikat Malaysia. Bukankah ini satu yang lebih bagus, sebab dengan Carrefour sebahagian perolehan mereka akan dihantar balik ke negara mereka, sedangkan untuk Giant dan Mydin perolehan itu akan kekal di sini seluruhnya. Kerja yang hilang di Carrefour akan wujud di Giant atau Mydin atau mana-mana hypermarket lain yang tak terlibat. Nampak point saya?

Saya yakin di tempat-tempat yang mana Carrefour bersaing direct dengan Giant seperti di Subang Jaya atau Wangsa Maju jualan Carrefour dalam seminggu ni jatuh dan jualan Giant naik. Tak elokkah kalau syarikat tempatan menang lawan syarikat asing?

Kedua, lebih kurang 45% dari barangan perkilangan (manufacturing goods) Malaysia dieksport ke US. Jika US membalas (retaliate) maka kesan ekonominya akan menjadi sangat dahsyat sekali bagi Malaysia.

Ok, risiko ini nampaknya lebih berat dari perbincangan di atas. Itulah sebabnya boikot ini, gerakan ini, harus bermula dari gerakan rakyat, gerakan massa. Kerajaan harus mengambil sikap berkecuali, dan nampak gayanya inilah pendirian kerajaan, iaitu tidak menggalak atau menghalang. Harus diingat ini bukannya usaha rakyat Malaysia sahaja, malah usaha berjuta mungkin berbilion orang di setiap negara di dunia (mungkin Israel tak lah kot). Saya yakin lebih ramai orang di negara-negara Eropah yang memboikot dari di Malaysia. Jika US ingin menghukum, maka mereka harus menghukum setiap negara di dunia. Yang pentingnya kerajaan harus berkecuali.

Bagaimana jika US mungkin retaliate juga atas alasan Kerajaan Malaysia tidak menasihatkan rakyat supaya jangan memboikot. Mudah sahaja jawapannya. Pak Lah atau Najib akan kata, “jika kami tak berkecuali dan dilihat menyokong US, maka esok jugak akan ada rusuhan di negara kami oleh rakyat kami yang menyokong Gaza. Hal Gaza ini bukan buatan Malaysia, tetapi buatan Israel dan US.”

Jadi tidak timbul isu retaliation oleh US asal saja bukan kerajaan Malaysia yang menggalakkan boikot.

Atau bagaimana? Mari bincangkan.

Tuesday, December 23, 2008

Apakah isu perkauman yang hangat kini hasil konspirasi negara asing?

Sekarang ni habis kecoh satu Malaysia pasal isu perkauman. Cina bantai Melayu. India bantai Melayu. Melayu hentam India. Melayu halau Cina. Cina mau lari pegi Canada, pegi New Zealand. Melayu suruh jangan beli barang Cina. India mau saman Inggeris. India hina fatwa. Pum-pam, pum-pam, macam tak ada cerita lain. Sampai la ni dah dekat 10 bulan dah habis pilihanraya, tapi isu yang dimain dok yang tu jugak.

Yang best nya semua membeli. Termasuk la yang sebelum ni nampak elok baik. Nampak macam muhibbah tapi sebenarnya simpan pisau (bukan keris wo, keris tak main) tunggu untuk kasi tikam belakang. Yang paling tinggi jawatan ialah nombor 2 MCA, Chua Soi Lek muka tak tau malu persoalkan status quo negara kita. Yang paling tak tahan Tan Lian Hoe, wakil rakyat atas undian 80% Melayu memanggil orang Melayu kaum pendatang. Ini kalau Melayu sokong lagi pilihanraya depan memang benak sangatlah, kalau tak pun masuk bawah label bodoh atau pengkhianat.

Apa pasal jadi macam ni? Kenapa beratus ribu orang Cina yang sebelum ni setuju dengan status quo, hanya risau macam mana untuk cari makan dan buat duit, tiba-tiba semua bangkit dengan penuh vokal sekali. Siapa depa-depa ni? Depa ni benci Melayu dari dulu lagi ke? Habis kalau benci dari dulu kenapa sokong BN berpuluh tahun, sedangkan BN itu tunggaknya UMNO yang memang terang-terang hardcore Melayu?

Kalau depa berpuluh tahun sokong BN dan UMNO, berpuluh tahun terima status quo, kenapa tiba-tiba je beralih arah? Apa, atau Siapa yang mempengaruhi mereka?

Teman nak ambik satu angle lain dalam membincang hal ni. Tak mau bincang angle benci PakLah atau KJ, tak mau bincang angle hak-hak asasi, tak mau bincang angle DSAI, tak mau bincang angle PAS dan imej moden nya. Ini semua dah habis dibincang dah.

Tak. Hari ni teman mau tengok dari sudut lain. Sudut yang orang putih kata lebih “sinister”. Tapi mungkin betul. Sekadar sesuatu untuk direnung.

Kalau kita kenang balik, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, kadar jenayah semakin meningkat. Setiap hari ada je kes bunuh, rogol, rompak, curi dalam paper. Bila satu kes hangat semakin sejuk, tup-tup timbul kes bunuh baru. Seolah-olah dulu tak ada jenayah, sekarang baru ada.

Dan yang bestnya, semua jenayah yang dilaporkan, penjenayah dia Melayu. Kalau Melayu mati atau kena rogol, yang buat Melayu. Kalau kes rompak, yang buat Melayu. Kalau Cina mati pun, macam kes Canny Ong, yang buat Melayu. Sedangkan apa yang jadi ialah banyak jugak Cina rogol Cina, Cina rogol Melayu, India rogol Melayu (ini banyak), India rogol Cina dan sebagainya. Bermakna kata penjenayah ini bukan terhad kepada satu bangsa saja, tapi semua sama.

Tapi kenapa bila kita bukak suratkhabar saja kalau penjenayah aja mesti Melayu. Kalau dalam TV pulak penjenayah kalau keluar masuk mahkamah pulak siap ditunjuk pakai kopiah putih – memberikan imej Islam-Melayu.

Macam lah tak ada Cina dan India yang jahat. Siapa yang buat bisnes judi, jadi bapak ayam atau jaga pelacur, seludup senjata, seludup dadah, buat VCD haram, jual VCD haram, cetak VCD blue, gelapkan duit, buat duit palsu, seludup orang luar masuk sini jadi GRO, kalau tak rata-ratanya Cina. Kenapa kes-kes ini tidak ditekankan, dengan nama-nama penjenayah-penjenayah Cina ini dibesar-besarkan? Diberi liputan sampai berminggu-minggu? Kes rompak, bunuh, rogol, pukul bersenjata yang dibuat penjenayah India, kenapa tak dibesarkan, dengan nama mereka dipampang besar2, sedangkan ada beribu puak2 ni?

Sama jugak dengan jenayah kolar putih. Tanyalah kawan2 lawyer atau mahkamah, siapa yang lagi selalu songlap duit, Melayu kah atau Cinakah. tapi kenapa kalau kes songlap kalau masuk paper mesti Melayu je? Mana nama-nama Cina yang majoriti kaki songlap dan kaki korup ni?

Adakah ini satu konspirasi untuk mewujudkan, secara sedar dan bawah sedar, persepsi bahawa Melayu itu penjenayah, kaki songlap, kaki curi, kaki rompak dan kaki rogol?

Sama jugak dengan isu sosial. Paling hebat isu Mat Rempit. Isu Mat Rempit jadi isu nasional. Macam lah tak ada remaja Cina yang jahat. macam lah remaja Cina tak ada seks bebas, tak ada lari dari rumah, tak ada jadi pelacur, tak ada jadi vagrant, curi sana-curi sini. India pun sama. Siapa orang India Malaysia yang tak tau betapa teruknya golongan remaja depa sekarang ni. Tapi suratkhabar tak cerita hal Cina. Tak cerita hal India. Balik-balik Mat Rempit. Balik-balik Melayu.

Adakah ini satu konspirasi untuk mewujudkan, secara sedar dan bawah sedar, persepsi bahawa anak-anak muda Melayu itu penjenayah, kaki ragut, kaki lumba haram, kaki seks bebas?

Trend yang sama juga diulang oleh media massa pada bangsa Melayu dalam arena lain – kakitangan kerajaan Melayu, polis Melayu, Hakim Melayu, ahli politik Melayu, pelajar universiti Melayu, raja-raja Melayu dan apa saja yang bernama Melayu. Pendek kata mesej yang sama diulang-ulang oleh media massa.

Adakah ini satu konspirasi untuk mewujudkan, secara sedar dan bawah sedar, persepsi bahawa orang-rang Melayu itu jahat, malas, korup dan tak boleh pakai?

Hasilnya. Orang Cina dan India, yang selama ini menerima bahawa Malaysia ini asalnya Tanah Melayu, tiba-tiba memberontak. Hasilnya lagi, fokus negara dan rakyat, yang patut ditumpukan terhadap pembinaan perniagaan dan ekonomi, terhadap meningkatkan daya saing dialihkan kepada bergaduh sesama sendiri – hari ini terhad kepada dunia siber dan media dan politik – masa depan belum tahu lagi. Hasilnya lagi, persepsi individu dan syarikat antarabangsa terhadap kestabilan politik dan masyarakat negara kita goyah, mengalihkan dana dan pelaburan asing dari Malaysia ke negara lain, contohnya Singapura. Hasilnya lagi, konsep ketuanan Bumiputera yang lama ditegakkan dan diamalkan sehingga negara kita maju dan boleh dibanggakan, kini dicabar oleh rakyat kita sendiri, yang selama ini rata-rata akur dengan realiti negara kita?

Siapa yang untung? Siapa yang control media massa kita akhir-akhir ini? Siapa yang sejak mula-mula Malaysia ditubuhkan, menentang penuh kedudukan Melayu dan Islam dalam negara ini?

Siapa punya konspirasi?

Mari kita bincangkan.