Saturday, November 7, 2020

Betul ke peruntukan pengeluaran KWSP Akaun 1 tidak seperti yang diharap?

Sebelum Pengumuman Bajet 2021, banyak posting media sosial yang harapkan Kerajaan izinkan rakyat buat pengeluaran dari akaun 1 KWSP.

Sebelum apa-apa, kena ingat, masa pakej Prihatin diumum dulu Kerajaanlah yang pertama sekali beri izin untuk rakyat buat pengeluaran dari Akaun 2.

Jangan lupa Geng-geng PH masa tu macam ribut mengkritik, kata mereka duit KWSP hanya utk persaraan. Jangan sentuh.

Alhamdulillah, pembangkang sekarang sudah sedar, dia pula yang mendesak bukan aja Akaun 2, malah Akaun 1 juga di suruh beri izin keluar!

Pengumuman Bajet 2021 tadi sudah umumkan:

Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dgn jumlah RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yg kehilangan pekerjaan.

Mengambilkira kedua-dua inisiatif i-Lestari (keluar dari Akaun 2) serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

Reaksi mula timbul. Pertama, orang bertanya, “Kenapa tidak diberi sederap RM6,000 terus? Kalau orang dah 4 bulan tak bayar rumah, RM500 sebulan tak dapat nak bantu buat bayaran!”

Jawapannya ialah: buat rakyat yang pendapatannya terkesan dek Covid dan PKP(B,C,D) maka Kerajaan dah sedia minta bank untuk tolong berikan lanjutan loan moratorium atau susun semula jadual bayaran. Tahu tak Setakat ini, 98% pemohon dapat kelulusan.

Kalau pegawai bank buat leceh dan tak mahu tolong – laporkan terus ke Bank Negara LINK atau ke AKPK.

Diorang akan telefon dan siasat bank tu kenapa tak mahu bantu rakyat yang layak dibantu. Tak percaya cubalah try, ramai yang mengadu akhirnya dapat bantuan yang diperlukan (kalau layak dibantulah).
Kalau betul-betul terdesak, pergilah ke AKPK dan agensi tu boleh bantu bercakap dengan bank untuk susun semula pinjaman. Tapi ingat, buat segera, jangan sampai kena seret ke mahkamah – masa tu AKPK tak dapat menolong.

Sebelum bank ambik langkah saman, segeralah ke AKPK.

Pengeluaran RM500 sebulan dari akaun 1 ni untuk bantu belanja pasar/seharian sekeluarga. Untuk makan minum keluarga. Bukan untuk bayar hutang, apatah lagi untuk beli benda tak perlu. Duit dari KWSP ni untuk selamatkan keluarga, bukan untuk bersuka ria.

Komen kedua, “Kenapa Pengeluaran Akaun 1 ini hanya untuk yang kehilangan pekerjaan sahaja? Kenapa tidak diluaskan kepada yang kena pemotongan gaji?”

Untuk mereka yang kena potong gaji, atau dikurangkan hari bekerja, boleh juga pergi ke bank minta moratorium atau jadual semula pinjaman mereka.
Kerajaan sudah sediakan macam-macam bantuan lain bawah pakej2 PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN sebelum ini.

Berbalik pada isu pengeluaran akaun KWSP, kita kena pergi balik kepada apa tujuan KWSP ini diwujudkan dulu. “KWSP ditubuhkan bagi tujuan simpanan persaraan dengan itu apa-apa perkara yang ingin diperkenalkan perlulah selaras dengan tujuan penubuhan KWSP.”

Itu tujuan dia. Untuk hari tua, bukan hari muda. Kena ingat, tahun 2030, Malaysia akan jadi “aging society” secara rasminya. Jika hari ini kita kekurangan simpanan KWSP, ni akan menjadi satu masalah besar di masa depan. Negara kena mencari jalan untuk menanggung kehidupan golongan pesara yang daif sebab tidak cukup simpanan hari tua.

Akhirnya, duit pembayar cukai juga akan digunakan untuk menyara hidup golongan pesara. Maka mahu tak mahu, Kerajaan hari ini kena cari keseimbangan juga dalam hal ini.
Harus diingat, tidak pernah dalam sejarah negara Akaun 1 KWSP ini dibenarkan diusik.

Hanya satu-satu kali ini sahaja peraturan ini dilonggarkan. Begitu lah beratnya masalah yang negara kita dan dunia hadapi sekarang dek virus Wuhan ni hingga kita langgar peraturan keramat ni.


Last point. “Wei, itu duit aku lah! Apa hal Kerajaan nak sibuk pulak!”

Jawapannya, ni bukan duit hang aja, tapi juga duit dari majikan hang lah! Ini perjanjian yang dibuat masa KWSP ditubuhkan, majikan mencarum untuk pekerja demi masa depan persaraan pekerja. Duit kita (pekerja) 35 peratus dan sumbangan majikan 65 peratus (Berdasar caruman 7% ahli dan 13% majikan). Itu perjanjian asas menubuhkan KWSP. Bukan untuk suka-suka kita langgar perkara ni.

Jadi buat masa ini, bersyukur ada KWSP ini. Bersyukurlah di masa ni Kerajaan benarkan kelonggaran keluarkan dari akaun 2 dulu, dan sekarang akaun 1.
Tapi kenalah untuk mereka yang benar-benar terdesak seperti mereka yang dah hilang kerja. Ini perkara luar biasa, sesuai dengan zaman luar biasa dek pandemic Coronavirus ni.
Tapi kenalah berhemah, kenalah bersyarat, bukan buat sesuka hati. Kita tunggu dan serahkan saja kepada Ahli Parlimen utk didebat di Dewan Rakyat. Mudah-mudahan, rakyat dapat apa yang sewajarnya.

Korang rasa macam mana?

- oleh Cik Munira Bee

Wednesday, July 20, 2011

Liverpool akan kembali ke Malaysia

Pengarah urusan Liverpool Ian Ayre berikrar akan kembali ke Malaysia selepas menerima layanan yang "tak masuk akal" (unbelievable) yang diterima dalam lawatan pertama mereka ke negara ini.

The Reds selamat pulang ke Liverpool dengan perasaan penuh semangat selepas lawatan 8-hari yang sangat berjaya ke Timur Jauh.


Lawatan tersebut berakhir dengan lawatan sekejap ke Singapura, tetapi masa yang dihabiskan di Malaysia lah yang akan kekal lama dalam ingatan.

"Memang hilang akal", kata Ian Ayre.

"Saya tinggal di bahagian dunia sebelah sana beberapa tahun tetapi saya juga tidak sangka bagaimana istimewanya bermain dengan 80,000 peminat dalam stadium, beribu menyaksikan kami berlatih dan beribu lagi menyaksikan kami dalam acara-acara yang diatur.

"Semua yang terlibat - pemain, kakitangan dan penaja - takjub dan kagum dengan hebatnya orang-orang di sana dan bagaimana terujanya mereka".

"Adalah penting untuk pergi sejauh itu dan melihat tahap sokongan yang kita ada dan sangat hebat untuk pemain-pemain yang muda menyaksikan sendiri betapa dekatnya kelab ini di hati penyokong dan betapa pentingnya uniform yang mereka pakai".

"Kita mengambil masa lebih 100 tahun untuk ke sana buat kali pertama. Saya yakin lawatan seterusnya tidak akan mengambil masa selama itu".


Artikel asal dari Liverpool Echo di sini

Sunday, July 17, 2011

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo'Lo'

Takziah saya uzapkan kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo'Lo'. Semoga keluarga beliau tabah hati. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila sudah mati, politik apa semua takda ke mana. Kematian ini sebagai satu renungan untuk kita semua.

Wednesday, July 13, 2011

Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!


Satu pengajaran yang diperolehi dari himpunan Bersih 2 baru-baru ini untuk semua yang berakal ialah tentang momentum.

Sebelum Bersih, kedua-dua pihak kelihatan sudah kurang minyak, tetapi BN terutama UMNO dilihat lebih bertenaga. Di Internet terutama di blogosfera kelihatan UMNO menguasai. Pilihanraya-pilihanraya kecil, BN menang. Pilihanraya negeri Sarawak ialah big blow kepada Pakatan terutama PKR. Walaupun DAP menang banyak kawasan, ini memang sudah dijangka. Bom paling besar ialah video seks Anwar, yang banyak merenggut jiwa penyokong-penyokong PR.

Akibatnya, aktivis-aktivis Pakatan terutama PKR kurang bertenaga. Lemah semangat.

Oleh sebab itu lah diadakan Bersih. Memang objektif-objektif sampingan termasuk memalukan Najib, mendapat perhatian antarabangsa dan sebagainya, tetapi objektif utamanya ialah Internal, iaitu memberikan minyak iaitu semangat dan tenaga kepada penyokong-penyokong PR.

Sebab itu lah Anwar dan Hj Hadi kini menyebut-nyebut nak buat Bersih 3 pula.

Tapi saya tersentak baru-baru ini bila dapat laporan dari sahabat yang bekerja jauh dalam pentadbiran Pulau Pinang menyatakan bahawa ada kemungkinan Penang akan mengadakan pilihanraya lebih awal, untuk memberi momentum kepada sokongan Pakatan Rakyat seluruh negara dalam Pilihanraya umum. Ini sebab Pakatan yakin Penang memang DAP boleh menang lagi terutama kerana 55% pengundi Penang ialah etnik Cina (walaupun penduduk Melayu lebih ramai!).

Bila dikaitkan dengan isu momentum ini, logik juga.

Soalannya, sudahkah UMNO Penang dan Najib bersedia?!

Sunday, April 10, 2011

Raja Nong Chik ganti Shahrizat Jalil di Lembah Pantai dalam PRU-13

Ini berita yang paling baik dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Sharizat Jalil buat kerja masa jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, bukan tak buat. Ramai orang Lembah Pantai terutama ibu tunggal dan mereka yang menerima bantuan kebajikan suka dia. Tapi dia dah lama sangat, dan dia orang luar, bukan orang Lembah Pantai. Orang Lembah Pantai lebih mahukan wakil dari Lembah Pantai sendiri. Dan Raja Nong Chik ialah pemimpin yang boleh diterima semua, termasuk orang-orang Cina dan India seluruh Lembah Pantai.



PRU 13: Nong Chik ganti Shahrizat di Lembah Pantai?
Muda Mohd. Noor | April 6, 2011

PETALING JAYA: Peluang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding sekali lagi di parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kini menjadi tanda tanya.


Sudah terdengar bahawa ada pemimpin Umno di Lembah Pantai yang mahu Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bertanding kerusi itu.


Dalam PRU lalu, Shahrizat kalah kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi.


Bagaimanapun, Ketua Wanita Umno itu dilantik senator dan seterusnya menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas rombakan kabinet pada bulan April 2009.


Seorang pemimpin wanita Umno Lembah Pantai ketika dihubungi hari ini memberitahu, “orang tidak mahu lagi Shahrizat. Orang mahu Datuk Raja (Nong Chik) kerana beliau merupakan Ketua Umno Lembah Pantai dan menteri wilayah pula.”


Seorang bekas timbalan ketua bahagian Umno pula memberitahu, Shahrizat pernah berjanji tidak bertanding lagi pada PRU 2008.


Bagaimanapun, entah macam mana ketua wanita Umno itu tetap mahu mempertahankan kerusi Lembah Pantai.


“Beliau sendiri pada 2004 berjanji tidak mahu bertanding lagi kerusi Lembah Pantai pada tahun 2008. Kata Shahrizat ketika itu, cukuplah tiga penggal menjadi ahli parlimen Lembah Pantai,” kata bekas timbalan ketua bahagian Umno itu.


Menurutnya, sesiapa pun calon Umno dalam PRU akan datang, Lembah Pantai tetap menjadi kawasan gelap bagi Barisan Nasional (BN).


Katanya, antara faktor BN sukar merampas semula Lembah Pantai ialah majoriti pengundi muda menyokong pembangkang.

Sunday, February 13, 2011

Pilihanraya di Titiwangsa: Dr Lo' Lo' ada 3 bulan sahaja diberi doktor?

Saya dapat berita yang lebih dari khabar angin mengatakan yang Dr Lo'Lo' telah diberi masa pendek saja untuk hidup oleh doktor beliau, dengarnya 3 bulan.

Khabarnya beliau menghidap kanser atau leukemia ke apa saya tak berapa pasti. Tapi yang pastinya memang Dr Lo'Lo' semenjak akhir-akhir ini selalu sakit-sakit dan bercuti sakit.



Ada sesiapa boleh confirmkan perkara ini, atau siasat lebih lagi?

Semoga Dr Lo'Lo' sembuh seperti sediakala. Walaupun saya tak suka beliau dari segi politik, tapi sebagai manusia yang ada anak-cucu, saya harap beliau sembuh supaya anak-anak dan cucu-cucu boleh lebih menikmati masa bersama beliau.

Thursday, February 10, 2011

Cerita ttg tan Sri Isa satu lagi cubaan lagakan korporat dan politician Melayu pula

Saya ada di meeting IDEAS dan nak bagitau kat kawan-kawan semua yang muda-muda bahawa kekecohan berikutan berita Tan Sri Isa dikritik telah di'spin' habis untuk tak lain tak bukan memburukkan politician Melayu dan melagakan pula mereka dengan korporat Melayu, di samping memburuk-burukkan Perdana Menteri.


Laporan-laporan yang saya baca mengatakan CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul, mengkritik perlantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda.

Tapi masa di forum tu, tak ada pulak saya dengar si Tengku Zafrul cakap macam tu.

Yang bising ialah panelis seorang lagi, Zainal Aznam Mohd Yusof tu. Merapu-rapu dia mengkritik.

Tapi aku tengok Tengku Zafrul ni ok juga dia cakap. Bila diberi leading question atau soalan perangkap, dia pandai juga taichi untuk maintain line pro-Kerajaan. Bila ditanya ok tak politician dilantik pengarah GLC, dia kata ok. Bila dicucuk oleh soalan hadirin pasal lantikan Tan Sri Isa, dia tak ada bagi pendapat sendiri pun. Dia cuma sebut apa reaksi dari "market". Ini biasa, dalam dunia bankers, memang sikit-sikit "market", sikit-sikit "market", sepertimana dalam dunia politician sikit-sikit "pengundi", sikit-sikit "pengundi.

Jadi terkejut pulak la bila saya baca Internet, rupa-rupanya forum tu jadi kontroversi pulak, padahal secara ikhlas nya, ia hanyalah forum biasa syok sendiri yang tak ada makna apa-apa. Boring nak mampus. Saya pergi pun atas jemputan sahabat lama seorang akademik yg turut jadi panel. Saja bagi sokongan moral.

Jadi tak lain tak bukan kesimpulan saya mudah.
1. Berita politik sekarang ni banyak yang buruk kepada Anwar dan PR - Kesah Ketua Pemuda PAS Tantawi dan herdikan terhadapnya oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, kesah Pajudin Ketua PKR Sabah yang lompat masuk UMNO, kesah Lim Guan Eng robohkan (lagi) gerai Melayu di Penang.
2. Berita tentang Najib pula terbaik, terutama kejayaan Kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir.
3. Oleh itu, ada apa cerita paling ikan bilis pun, spin lah jadi cerita.
4. Dalam kes Forum IDEAS ni, peluang cantik, sebab ada point nak spin.
5. Tapi nak laporkan bahawa Zainal Aznam ni yang kritik tak best sebab dia ex-civil servant yang pencen, tak selari dengan agenda propaganda PR yang mahu tampilkan orang muda Melayu sokong PR dan tak suka BN.
6. Jadi putar aje lah guna nama Tengku Zafrul sebab dia muda dan current, jadi point lebih, untung-untung jadi cerita.

Biasalah. Teknik melaga-laga merupakan teknik basi tapi antara teknik paling berkesan. Yang saya paling best tengok reaksi Tan Sri Isa. Dia relax jer, sebab dia tau tak ada apa yang perlu dilatahkan.

Harap-harap sahabat yang muda-muda tak ikut sama apikan cerita ini. Cuba tanya dulu kalau ada kengkawan yang pergi ke forum tu, apa jadi sebenarnya.