Wednesday, July 13, 2011

Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!


Satu pengajaran yang diperolehi dari himpunan Bersih 2 baru-baru ini untuk semua yang berakal ialah tentang momentum.

Sebelum Bersih, kedua-dua pihak kelihatan sudah kurang minyak, tetapi BN terutama UMNO dilihat lebih bertenaga. Di Internet terutama di blogosfera kelihatan UMNO menguasai. Pilihanraya-pilihanraya kecil, BN menang. Pilihanraya negeri Sarawak ialah big blow kepada Pakatan terutama PKR. Walaupun DAP menang banyak kawasan, ini memang sudah dijangka. Bom paling besar ialah video seks Anwar, yang banyak merenggut jiwa penyokong-penyokong PR.

Akibatnya, aktivis-aktivis Pakatan terutama PKR kurang bertenaga. Lemah semangat.

Oleh sebab itu lah diadakan Bersih. Memang objektif-objektif sampingan termasuk memalukan Najib, mendapat perhatian antarabangsa dan sebagainya, tetapi objektif utamanya ialah Internal, iaitu memberikan minyak iaitu semangat dan tenaga kepada penyokong-penyokong PR.

Sebab itu lah Anwar dan Hj Hadi kini menyebut-nyebut nak buat Bersih 3 pula.

Tapi saya tersentak baru-baru ini bila dapat laporan dari sahabat yang bekerja jauh dalam pentadbiran Pulau Pinang menyatakan bahawa ada kemungkinan Penang akan mengadakan pilihanraya lebih awal, untuk memberi momentum kepada sokongan Pakatan Rakyat seluruh negara dalam Pilihanraya umum. Ini sebab Pakatan yakin Penang memang DAP boleh menang lagi terutama kerana 55% pengundi Penang ialah etnik Cina (walaupun penduduk Melayu lebih ramai!).

Bila dikaitkan dengan isu momentum ini, logik juga.

Soalannya, sudahkah UMNO Penang dan Najib bersedia?!

4 comments:

  1. DAP jangan konfiden sangat. haritu masa perarakan gelombang merah pun guan eng dah ketaq...

    p.s: yg penting sabtu ni ceq dah konfiden nak pi exam PTD. nasib baik ada nota rujukan ni

    ReplyDelete
  2. Lagi cepat lagi bagus untuk LGE ditanam hidup dalam dan tempah peti neraka cepat2 untuk LGE.

    ReplyDelete
  3. wah, dua-dua komenter ni confient sungguh! tapi mcm mana dgn pengundi cina yg 55% tu? nak campak mana? itu fakta, melainkan umno penang buat gerakerja pendaftaran besar-besaran sekarang.

    ReplyDelete
  4. Oi hang kat tanjung tu ...pi daftar skarang kalau tak suka bertuan kan DAPigs.

    ReplyDelete