Thursday, October 8, 2009

Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL?

Lama betul tak ke Sungei Wang. Dulu masa muda-muda dulu itulah antara tempat port utama, port snooker. Bila dah masuk zaman kerja tapi masih bujang, fokus dia bertukar dari snooker ke Karaoke (ehem, ehem) tapi Sungei Wang tetap jadi tumpuan. Sebabnya tak lain tak bukan kedai Nasi Ayam Cina kat corner tu (sekarang dah upgrade jadi Kedai Nasi Ayam moden tapi rasanya tak sama macam dulu) dan food court atas Sungei Wang. Kalau korang tak pernah pergi rugi lah sebab dia punya Nasi Kandar memang power beb!

Lalu 2-3 hari lepas saya pun ke Bukit Bintang lah bersama seorang kawan. Disebabkan masa itu time lunch, jadi pilihan saya ialah untuk pekena Nasi Kandar favourite masa zaman muda-muda dulu.



Ini dia gambar Nasi Kandar saya. Ini nasi kandar ayam standard dia. Ini pun sebenarnya dah start makan ni, sebab tu gambar dia diambil dari angle bawah. Sebab sebelah sana sudah ada lobang!

Member saya order rojak.



So what's the verdict?

Selepas suapan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, verdict saya ialah inilah nasi kandar paling best kat KL, dan pasal itulah dulu masa muda-muda ini tempat kegemaran saya. Kuah dia just nice, sayur dia ngam-ngam je, sesuai untuk hidangan dan ayam goreng dia pun sodap. Cuma satu kelemahan dia ialah dia tak ada sambal merah macam yang Mamak kat Ibramsha Jalan TAR ada. Dan dia tak bagi Cili Hijau fresh macam Ibramsha. (Ibramsha bagi saya ialah Nasi Kandar terbaik di sekitar Jalan TAR/Masjid India).

Tapi bagi saya Mamak Sg Wang ni memang pukul la nasi kandar kat Ibramsha. Setakat Pelita KL dengan Kayu Nasi Kandar kat KL pun dia senang-senang boleh makan. Kalau nak banding dgn Mamak Kg Attap pun rasanya yang ni lagi umpph.

Nak cuba? Ni ha gambar kedai dia. Pergi saja Sg Wang Plaza, naik lift sampai ke Food Court dia kat Tingkat 4 and enjoy!



8 comments:

  1. cambest je neh...haha.. try skali best jugak neh... wkwkwk...

    ReplyDelete
  2. Nasi kandar Kudu di Jln TAR pun best juga, ada signature dish, i.e. ayam masak hitam. Ada juga chili hijau & kacang bendi fresh..

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah lama tidak pergi ke Sg. Wang. Malas nak bawa kereta. Parking susah. Tapi, hidangan nasi kandar Tan Sri nampak enak :) Mesti nak cuba.

    ReplyDelete
  4. mcm mana pun tak leh lawan nasik kandar penang.walaupun sama tapi rasanya lain

    ReplyDelete
  5. @shloke. Bukit Bintang dah tak berapa jam sangat dah. Tapi kalau lama tak pergi mungkin confused sikit sebab banyak jalan jadi one-way. Parking masih susah.

    @xplorer. Setuju? Kenapa ya? Nasik kandar penang taruk ganja?

    ReplyDelete
  6. Fareeq Nasi Kandaq Line Clear terbaikkkk dr ladang rempah ratus Sg Buloh

    ReplyDelete