Wednesday, January 21, 2009

Mana Prabhakaran Ketua Tamil Tigers? Cuba tanya Timbalan KM Penang.


Sekonyong-konyong Malaysiakini melaporkan bahawa Prabhakaran, Ketua pemberontak Tamil Tigers kini ada di Penang. Pulak dah! Apa cerita ni?

Website Asiantribune.com melaporkan:

“Sri Lankan army source speculated that he might be either in some coastal area in between Kerala and Tamil Nadu, or else in Penang, Malaysia. When asked why Malaysia, Army source said civilians are of the view that in Malaysia there are scores of hardcore LTTE supporters and many of them in the Penang state. In that state, there are good number of hardcore LTTErs in the state government and it would be easy for them to keep him in safe houses in Penang.”

Eh, siapa pulak yang Tentera Sri Lanka ni kata “hardcore LTTers in the State Government”?

Lalu saya pun menanya Encik Google. Jawapan Encik Google ialah, jeng, jeng, jeng, Ya, tak lain tak bukan, Timbalan Ketua Menteri II Penang, Prof Ramasamy, yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Rupa-rupanya si Ramasamy ni memang bukan saja penyokong tegar, tapi memang bergelumang dalam perjuangan LTTE ni. Dia ahli Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE. Macam mana seorang rakyat Malaysia bertaraf Professor, pemimpin tertinggi sebuah parti utama, dan jugak orang No. 2 atau 3 dalam Kerajaan Negeri boleh masuk jawatankuasa satu kumpulan pemberontak terhadap satu Kerajaan yang sah dan yang telah melakukan beribu-ribu pembunuhan terhadap askar kerajaan Sri Lanka dan penduduk negara Sri Lanka teman pun tak tahu. Ini sama tarafnya dengan Datuk Ali Rustam duduk dalam jawatankuasa Al-Qaeda!


Kata Ramasamy dalam artikelnya bertajuk “Malaysian Tamils Back the Cause of Eelam”

Tamils in Malaysia are fully behind the struggle for Eelam. ...

It would not be wrong to say that Tamils, particularly the youth, have very high regards for the LTTE leadership in general and its Supremo Prabhakaran in particular. Tamils in Malaysia consider Prabhakaran as their hero; the presence of his pictures or portraits is becoming a common feature in the homes of Tamil youths. In the pro-LTTE demonstrations organised in Malaysia some years back, Prabhakaran pictures were displayed quite prominently so much so the police were quite upset.
...

The pro-Malay policies of the government have discriminated against Tamils being meaningfully employed in the different sectors of the economy. Beyond this, Tamils are finding it difficult to erect places of worship and have curbs placed on their cultural activities. Their own leaders have not really championed their cause. Many of them by closely accommodating to the Malay elite have fundamentally neglected the welfare and well-being of the community. Thus, given this scenario, it is no wonder that Tamils longing for meaningful change have become quite radicalised. Their admiration of the LTTE have grown by leaps and bounds over the recent years. In fact, many of them secretly wish that they had a militant organisation to take up their cause.

Third and not the least, the selfless struggle waged by the LTTE, the utter dedication of its leaders, the disciplined nature of their performance and others have not been lost on the Tamil population in Malaysia. The role of LTTE has given Tamils here much pride and dignity as Tamils. In short, LTTE has been a fantastic morale booster to Tamils in Malaysia.

The LTTE leadership stands in stark contrast to the kind of Tamil leadership in Malaysia. Tamils leaders in Malaysia are not only corrupt but totally an indecent lost. Lacking the moral integrity and pride, these leaders have sold the community outright. By accommodating closely with their Malay patrons, they have become alienated from the rank and file. In fact, it will be a truism to state that Tamil political parties and organisations have not done anything for the betterment of the community from the time of political independence; but on the contrary, they have endorsed the racist policies of the Malay state.

About 75 percent of Tamils are members of the working class-both in the plantations and urban areas. Tamils share of the national equity is only about 1.5 percent; a share predominately held by rich Tamils who have no sense of solidarity with the working class.

All in all, Tamils have been neglected for about 100 years, and if such a neglect is not addressed in coming years, Tamils might think of some alternative plans to improve their lot. As one former Tamil politician remarked some years ago: “We Tamils may be poor, but we are not cowards”. In a recent cultural event held at one of the universities, a Tamil student leader remarked at the end of his speech in Tamil: “If the government is not going to address our educational and cultural grievances, then we will have choice but to plant the ....flag”.

Umang ai! Bukan saja si Ramasamy ni menyokong pemberontakan bersenjata LTTE di Sri Lanka, rupa-rupanya ada terlintas dalam fikirannya untuk pemberontakan bersenjata LTTE ni dibawa ke Malaysia.

Apa cerita ni?

Harus diingat, Tamil Tigers atau LTTE ni bukannya kecik anak punya terrorists. Mereka mempunyai funding yang banyak, senjata yang banyak, skuad suicide bombers dan pernah melaksanakan pembunuhan terhadap seorang Ketua Negara iaitu PM India Rajiv Ghandi pada tahun 1991. Malah mereka juga mempunyai kapal perang dan jet pejuang sendiri! Kehadiran mereka di Malaysia, atau peningkatan sokongan mereka oleh kaum Tamil di Malaysia yang semakin militan, bukanlah perkara enteng.

Kalau dulu masa kes Jemaah Islamiyah dan letupan di Indonesia bukan kah pembantu-pembantu Jemaah Islamiyah di Malaysia serta-merta ditangkap dan disiasat. Ini kes Timbalan Ketua Menteri Penang ni macam mana pula? Ini hal serius yang patut dibincangkan dan diambil tindakan.

Monday, January 12, 2009

Benarkah syarikat Malaysia yang jadi mangsa boikot barangan Israel dan US?


Rata-rata akhir-akhir ini seruan memboikot barangan Israel dan syarikat AS yang ada hubungan dengan Israel begitu kuat sekali. Ia datang dari berbagai penjuru tanpa mengira parti – dari Tun Mahathir, dari Nik Aziz, malah bakal PM sendiri dari gaya kenyataannya memberikan lampu hijau untuk boikot.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang membuka hati-hati manusia Islam di bumi Malaysia ini untuk berbuat sesuatu dalam menghadapi kekejaman Israel di Gaza.


Tetapi hari ini Januari 13 2009 sudah terdengar pulak suara-suara yang mengingatkan bahawa boikot ini hanya akan memberi kesan buruk kepada syarikat-syarikat Malaysia. Pengarah PR Coca-Cola Malaysia Nordin Kadri berkata Coca-Cola Malaysia mempunyai 1700 kakitangan dengan 60% daripadanya Bumiputera (60% Islam lah tu), dan boikot akan menjejaskan pekerjaan dan kehidupan mereka. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ong Ka Chuan turut berkata demikian, merujuk kepada Starbucks dan Coca-Cola. Vincent Tan, Pengerusi Berjaya Corp., berkata “Semua brand AS dimiliki ahli perniagaan tempatan. Starbucks milik kami (Berjaya). Jika anda boikot Starbucks, kami juga akan ditimpa kesannya.”

Mari kita kupas isu ini sedikit mendalam.

Pertama, setiap kenyataan di atas itu ada benarnya. Jika kita ambil contoh yang mudah-mudah, iaitu McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola, tanpa perlu kita dapatkan angka rasmi pun kita dah tahu kebanyakan pekerjanya ialah orang Islam-Melayu. Jika boikot nanti berkesan sudah tentu ada kedai, cawangan malah seluruh kilang akan tutup, menyebabkan budak-budak Islam ini yang memilih untuk bekerja dan bukannya melacur sebagai GRO, mencuri atau menipu, tertekan dan hidup susah kerana kehilangan kerja. Bukan begitu?

Jawapannya ya. Tetapi kedai tutup, kilang tutup, kerja hilang, ini semua perkara biasa dalam kehidupan. Ini memang membebankan mereka, tetapi beban ini jauh lebih ringan dari beban yang sedang ditanggung oleh penduduk Palestin Gaza sama ada sekarang atau sejak wujudnya negara haram Israel. Jika inilah harga yang harus dibayar orang Islam Malaysia, maka seruan saya ialah bayarlah, tidak apa. Rezeki mendapatkan pekerjaan baru, tukar kerja, gaji dan sebagainya ialah ketentuan Allah asal sahaja kita berusaha. Kalau orang-orang Melayu di Coca-Cola, McDonalds dsb tadi hilang kerja mereka, insya-Allah ada kerja lain yang lebih baik.

Tambahan pula, jika kurangnya duit dibelanjakan kepada McDonalds, Starbucks dan Coca-Cola, bermakna duit itu akan dibelanjakan ke tempat lain, ke kedai makanan lain, untuk membeli air botol yang lain. Mungkin alternatif lain tadi ialah makanan dan minuman keluaran Malaysia, bermakna ada permintaan baru dan oleh itu kerja baru yang diwujudkan di tempat lain. Dan oleh sebabnya pengeluarnya betul-betul syarikat Malaysia tulin, maka duit tadi tidak perlulah sebahagiannya dihantar pula balik ke ibupejabat-ibupejabat di AS, yang kemudiannya disalurkan pula ke Israel.

Tak begitu?

Bayangkan pula jika betul-betul pengeluar tempatan tidak kisah Islam atau bukan Islam, tak kira Melayu Cina Kadazan Iban India Sikh atau Melanau, mengambil peluang sikap masyarakat yang mahukan produk alternatif keluaran Malaysia, lalu mula mengeluarkan produk tempatan yang setanding. Bagaimana pula kesannya dengan ekonomi negara? Sudah tentu mencanak naik, kerana tidak ada sedikitpun keuntungan yang perlu dihantar balik ke ibu-pejabat masing-masing milik Israel seluruh dunia!


Kita pergi dalam sikit lagi.

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang memboikot, tetapi jutaan rakyat dunia sedang memboikot dan akan terus memboikot. Bukankah mereka ini pengguna yang tiba-tiba sahaja kehilangan produk-produk yang selama ini menjadi pilihan mereka. Ini semua pasaran baru, berjumlah berbillion Ringgit. Bayangkan kalau kita pengeluar lampin pakai buang berkualiti tinggi – berapa banyak pengguna Huggies yang sekarang ini sedang mencari-cari produk baru pengganti Huggies. Bekas pengguna Johnsons & Johnsons? Bekas pengguna Coca-Cola? Bekas pengguna McDonalds?

Kita ambil produk lain pula. Kita boleh lihat pasar raya Carrefour juga disenaraikan. Pemboikot-pemboikot yang biasa membeli di Carrefour masih perlu beli barang bukan. Antara alternatif mereka ialah Giant dan Mydin, dua syarikat Malaysia. Bukankah ini satu yang lebih bagus, sebab dengan Carrefour sebahagian perolehan mereka akan dihantar balik ke negara mereka, sedangkan untuk Giant dan Mydin perolehan itu akan kekal di sini seluruhnya. Kerja yang hilang di Carrefour akan wujud di Giant atau Mydin atau mana-mana hypermarket lain yang tak terlibat. Nampak point saya?

Saya yakin di tempat-tempat yang mana Carrefour bersaing direct dengan Giant seperti di Subang Jaya atau Wangsa Maju jualan Carrefour dalam seminggu ni jatuh dan jualan Giant naik. Tak elokkah kalau syarikat tempatan menang lawan syarikat asing?

Kedua, lebih kurang 45% dari barangan perkilangan (manufacturing goods) Malaysia dieksport ke US. Jika US membalas (retaliate) maka kesan ekonominya akan menjadi sangat dahsyat sekali bagi Malaysia.

Ok, risiko ini nampaknya lebih berat dari perbincangan di atas. Itulah sebabnya boikot ini, gerakan ini, harus bermula dari gerakan rakyat, gerakan massa. Kerajaan harus mengambil sikap berkecuali, dan nampak gayanya inilah pendirian kerajaan, iaitu tidak menggalak atau menghalang. Harus diingat ini bukannya usaha rakyat Malaysia sahaja, malah usaha berjuta mungkin berbilion orang di setiap negara di dunia (mungkin Israel tak lah kot). Saya yakin lebih ramai orang di negara-negara Eropah yang memboikot dari di Malaysia. Jika US ingin menghukum, maka mereka harus menghukum setiap negara di dunia. Yang pentingnya kerajaan harus berkecuali.

Bagaimana jika US mungkin retaliate juga atas alasan Kerajaan Malaysia tidak menasihatkan rakyat supaya jangan memboikot. Mudah sahaja jawapannya. Pak Lah atau Najib akan kata, “jika kami tak berkecuali dan dilihat menyokong US, maka esok jugak akan ada rusuhan di negara kami oleh rakyat kami yang menyokong Gaza. Hal Gaza ini bukan buatan Malaysia, tetapi buatan Israel dan US.”

Jadi tidak timbul isu retaliation oleh US asal saja bukan kerajaan Malaysia yang menggalakkan boikot.

Atau bagaimana? Mari bincangkan.