Yang best nya semua membeli. Termasuk la yang sebelum ni nampak elok baik. Nampak macam muhibbah tapi sebenarnya simpan pisau (bukan keris wo, keris tak main) tunggu untuk kasi tikam belakang. Yang paling tinggi jawatan ialah nombor 2 MCA, Chua Soi Lek muka tak tau malu persoalkan status quo negara kita. Yang paling tak tahan Tan Lian Hoe, wakil rakyat atas undian 80% Melayu memanggil orang Melayu kaum pendatang. Ini kalau Melayu sokong lagi pilihanraya depan memang benak sangatlah, kalau tak pun masuk bawah label bodoh atau pengkhianat.
Apa pasal jadi macam ni? Kenapa beratus ribu orang Cina yang sebelum ni setuju dengan status quo, hanya risau macam mana untuk cari makan dan buat duit, tiba-tiba semua bangkit dengan penuh vokal sekali. Siapa depa-depa ni? Depa ni benci Melayu dari dulu lagi ke? Habis kalau benci dari dulu kenapa sokong BN berpuluh tahun, sedangkan BN itu tunggaknya UMNO yang memang terang-terang hardcore Melayu?
Kalau depa berpuluh tahun sokong BN dan UMNO, berpuluh tahun terima status quo, kenapa tiba-tiba je beralih arah? Apa, atau Siapa yang mempengaruhi mereka?
Teman nak ambik satu angle lain dalam membincang hal ni. Tak mau bincang angle benci PakLah atau KJ, tak mau bincang angle hak-hak asasi, tak mau bincang angle DSAI, tak mau bincang angle PAS dan imej moden nya. Ini semua dah habis dibincang dah.
Tak. Hari ni teman mau tengok dari sudut lain. Sudut yang orang putih kata lebih “sinister”. Tapi mungkin betul. Sekadar sesuatu untuk direnung.
Kalau kita kenang balik, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, kadar jenayah semakin meningkat. Setiap hari ada je kes bunuh, rogol, rompak, curi dalam paper. Bila satu kes hangat semakin sejuk, tup-tup timbul kes bunuh baru. Seolah-olah dulu tak ada jenayah, sekarang baru ada.
Dan yang bestnya, semua jenayah yang dilaporkan, penjenayah dia Melayu. Kalau Melayu mati atau kena rogol, yang buat Melayu. Kalau kes rompak, yang buat Melayu. Kalau Cina mati pun, macam kes Canny Ong, yang buat Melayu. Sedangkan apa yang jadi ialah banyak jugak Cina rogol Cina, Cina rogol
Tapi kenapa bila kita bukak suratkhabar saja kalau penjenayah aja mesti Melayu. Kalau dalam TV pulak penjenayah kalau keluar masuk mahkamah pulak siap ditunjuk pakai kopiah putih – memberikan imej Islam-Melayu.
Macam lah tak ada Cina dan
Sama jugak dengan jenayah kolar putih. Tanyalah kawan2 lawyer atau mahkamah, siapa yang lagi selalu songlap duit, Melayu kah atau Cinakah. tapi kenapa kalau kes songlap kalau masuk paper mesti Melayu je? Mana nama-nama Cina yang majoriti kaki songlap dan kaki korup ni?
Adakah ini satu konspirasi untuk mewujudkan, secara sedar dan bawah sedar, persepsi bahawa Melayu itu penjenayah, kaki songlap, kaki curi, kaki rompak dan kaki rogol?
Sama jugak dengan isu sosial. Paling hebat isu Mat Rempit. Isu Mat Rempit jadi isu nasional. Macam lah tak ada remaja Cina yang jahat. macam lah remaja Cina tak ada seks bebas, tak ada lari dari rumah, tak ada jadi pelacur, tak ada jadi vagrant, curi sana-curi sini.
Adakah ini satu konspirasi untuk mewujudkan, secara sedar dan bawah sedar, persepsi bahawa anak-anak muda Melayu itu penjenayah, kaki ragut, kaki lumba haram, kaki seks bebas?
Trend yang sama juga diulang oleh media
Adakah ini satu konspirasi untuk mewujudkan, secara sedar dan bawah sedar, persepsi bahawa orang-rang Melayu itu jahat, malas, korup dan tak boleh pakai?
Hasilnya. Orang Cina dan
Siapa yang untung? Siapa yang control media
Siapa punya konspirasi?
Mari kita bincangkan.