Sunday, October 11, 2009
Terima kasih Blog4FT sebab bagi saya visitors!
Caya lah Blog4FT. Khamis lepas saya post lah satu artikel bertajuk Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL? dan submit kan kepada peraduan Blog4FT. Bukannya nak menang pun, saja tengok kalau-kalau boleh tambah visitor.
Sekali tengok by today ha, dah tambah 72 visitors dah dari Blog4FT! Baru 4 hari!
Macam ni semangat lah nak posting kat peraduan ni. Terfikir pulak, hmmm, kenapa tak buat posting yang betul2 boleh menang. Manalah tau.
Thursday, October 8, 2009
Ini ke Nasi Kandar paling best kat KL?
Lama betul tak ke Sungei Wang. Dulu masa muda-muda dulu itulah antara tempat port utama, port snooker. Bila dah masuk zaman kerja tapi masih bujang, fokus dia bertukar dari snooker ke Karaoke (ehem, ehem) tapi Sungei Wang tetap jadi tumpuan. Sebabnya tak lain tak bukan kedai Nasi Ayam Cina kat corner tu (sekarang dah upgrade jadi Kedai Nasi Ayam moden tapi rasanya tak sama macam dulu) dan food court atas Sungei Wang. Kalau korang tak pernah pergi rugi lah sebab dia punya Nasi Kandar memang power beb!
Lalu 2-3 hari lepas saya pun ke Bukit Bintang lah bersama seorang kawan. Disebabkan masa itu time lunch, jadi pilihan saya ialah untuk pekena Nasi Kandar favourite masa zaman muda-muda dulu.
Ini dia gambar Nasi Kandar saya. Ini nasi kandar ayam standard dia. Ini pun sebenarnya dah start makan ni, sebab tu gambar dia diambil dari angle bawah. Sebab sebelah sana sudah ada lobang!
Member saya order rojak.
So what's the verdict?
Selepas suapan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, verdict saya ialah inilah nasi kandar paling best kat KL, dan pasal itulah dulu masa muda-muda ini tempat kegemaran saya. Kuah dia just nice, sayur dia ngam-ngam je, sesuai untuk hidangan dan ayam goreng dia pun sodap. Cuma satu kelemahan dia ialah dia tak ada sambal merah macam yang Mamak kat Ibramsha Jalan TAR ada. Dan dia tak bagi Cili Hijau fresh macam Ibramsha. (Ibramsha bagi saya ialah Nasi Kandar terbaik di sekitar Jalan TAR/Masjid India).
Tapi bagi saya Mamak Sg Wang ni memang pukul la nasi kandar kat Ibramsha. Setakat Pelita KL dengan Kayu Nasi Kandar kat KL pun dia senang-senang boleh makan. Kalau nak banding dgn Mamak Kg Attap pun rasanya yang ni lagi umpph.
Nak cuba? Ni ha gambar kedai dia. Pergi saja Sg Wang Plaza, naik lift sampai ke Food Court dia kat Tingkat 4 and enjoy!

Subscribe to:
Posts (Atom)