Sunday, April 10, 2011

Raja Nong Chik ganti Shahrizat Jalil di Lembah Pantai dalam PRU-13

Ini berita yang paling baik dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Sharizat Jalil buat kerja masa jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, bukan tak buat. Ramai orang Lembah Pantai terutama ibu tunggal dan mereka yang menerima bantuan kebajikan suka dia. Tapi dia dah lama sangat, dan dia orang luar, bukan orang Lembah Pantai. Orang Lembah Pantai lebih mahukan wakil dari Lembah Pantai sendiri. Dan Raja Nong Chik ialah pemimpin yang boleh diterima semua, termasuk orang-orang Cina dan India seluruh Lembah Pantai.



PRU 13: Nong Chik ganti Shahrizat di Lembah Pantai?
Muda Mohd. Noor | April 6, 2011

PETALING JAYA: Peluang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding sekali lagi di parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kini menjadi tanda tanya.


Sudah terdengar bahawa ada pemimpin Umno di Lembah Pantai yang mahu Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bertanding kerusi itu.


Dalam PRU lalu, Shahrizat kalah kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi.


Bagaimanapun, Ketua Wanita Umno itu dilantik senator dan seterusnya menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas rombakan kabinet pada bulan April 2009.


Seorang pemimpin wanita Umno Lembah Pantai ketika dihubungi hari ini memberitahu, “orang tidak mahu lagi Shahrizat. Orang mahu Datuk Raja (Nong Chik) kerana beliau merupakan Ketua Umno Lembah Pantai dan menteri wilayah pula.”


Seorang bekas timbalan ketua bahagian Umno pula memberitahu, Shahrizat pernah berjanji tidak bertanding lagi pada PRU 2008.


Bagaimanapun, entah macam mana ketua wanita Umno itu tetap mahu mempertahankan kerusi Lembah Pantai.


“Beliau sendiri pada 2004 berjanji tidak mahu bertanding lagi kerusi Lembah Pantai pada tahun 2008. Kata Shahrizat ketika itu, cukuplah tiga penggal menjadi ahli parlimen Lembah Pantai,” kata bekas timbalan ketua bahagian Umno itu.


Menurutnya, sesiapa pun calon Umno dalam PRU akan datang, Lembah Pantai tetap menjadi kawasan gelap bagi Barisan Nasional (BN).


Katanya, antara faktor BN sukar merampas semula Lembah Pantai ialah majoriti pengundi muda menyokong pembangkang.