Sunday, February 27, 2011

Nurul sesak nafas di Lembah Pantai

Sambil mencari-cari cerita terbaru berkenaan perletakan jawatan 250 orang dari PKR di Lembah Pantai di blog Berita Lembah Pantai, terpandang update terbaru dari blog orang PKR Lembah Pantai, Semangat 98 yang sebelum ini menimbulkan kepincangan pemilihan Cabang PKR Lembah Pantai.


Sedih benar bunyinya, nak gelak pun ada. kata dia,

"YB Nurul dalam twitter beliau mengatakan mereka dibeli. Sikit-sikit dibeli, sikit-sikit dibeli. Habis bagaimana jasa mereka yang segunung pada YB? Sama macam sampah. Tak ada nilai?? YB, jangan tak tahu ramai orang lama Keadilan yang menangis, sayu bercampur marah, tapi rata-ratanya sedih kecewa melihat tindak-tanduk YB. YB diterjunkan ke sini, dan mereka berjuang bermatian, tapi sikap YB terlalu bongkak, buta. terlalu mendengar cakap-cakap orang-orang luar dan budak-budak hingusan tentang bagaimana untuk menang, bukan bagaimana untuk servis rakyat di sini? kami di lembah pantai ini apa nilainya YB?"

Hehehe. Budak ni memang pandai tulis sedih-sedih. Habis asyik sedih je memanjang bila kamu pulak nak belah Yop? Tak gheti-gheti lagi ke? Ate bila jubo mike kena sula dgn kaki jubo tu baghu le mike nak sedor? Ate memang bodoh benor kamu ni yeop!

heheh. baca cerita seterusnya di sini ..Kehilangan Parthiban pengajaran bagi YB Nurul dari Semangat 98.

Memang terhibur!

Sunday, February 13, 2011

Pilihanraya di Titiwangsa: Dr Lo' Lo' ada 3 bulan sahaja diberi doktor?

Saya dapat berita yang lebih dari khabar angin mengatakan yang Dr Lo'Lo' telah diberi masa pendek saja untuk hidup oleh doktor beliau, dengarnya 3 bulan.

Khabarnya beliau menghidap kanser atau leukemia ke apa saya tak berapa pasti. Tapi yang pastinya memang Dr Lo'Lo' semenjak akhir-akhir ini selalu sakit-sakit dan bercuti sakit.



Ada sesiapa boleh confirmkan perkara ini, atau siasat lebih lagi?

Semoga Dr Lo'Lo' sembuh seperti sediakala. Walaupun saya tak suka beliau dari segi politik, tapi sebagai manusia yang ada anak-cucu, saya harap beliau sembuh supaya anak-anak dan cucu-cucu boleh lebih menikmati masa bersama beliau.

Thursday, February 10, 2011

Cerita ttg tan Sri Isa satu lagi cubaan lagakan korporat dan politician Melayu pula

Saya ada di meeting IDEAS dan nak bagitau kat kawan-kawan semua yang muda-muda bahawa kekecohan berikutan berita Tan Sri Isa dikritik telah di'spin' habis untuk tak lain tak bukan memburukkan politician Melayu dan melagakan pula mereka dengan korporat Melayu, di samping memburuk-burukkan Perdana Menteri.


Laporan-laporan yang saya baca mengatakan CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul, mengkritik perlantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda.

Tapi masa di forum tu, tak ada pulak saya dengar si Tengku Zafrul cakap macam tu.

Yang bising ialah panelis seorang lagi, Zainal Aznam Mohd Yusof tu. Merapu-rapu dia mengkritik.

Tapi aku tengok Tengku Zafrul ni ok juga dia cakap. Bila diberi leading question atau soalan perangkap, dia pandai juga taichi untuk maintain line pro-Kerajaan. Bila ditanya ok tak politician dilantik pengarah GLC, dia kata ok. Bila dicucuk oleh soalan hadirin pasal lantikan Tan Sri Isa, dia tak ada bagi pendapat sendiri pun. Dia cuma sebut apa reaksi dari "market". Ini biasa, dalam dunia bankers, memang sikit-sikit "market", sikit-sikit "market", sepertimana dalam dunia politician sikit-sikit "pengundi", sikit-sikit "pengundi.

Jadi terkejut pulak la bila saya baca Internet, rupa-rupanya forum tu jadi kontroversi pulak, padahal secara ikhlas nya, ia hanyalah forum biasa syok sendiri yang tak ada makna apa-apa. Boring nak mampus. Saya pergi pun atas jemputan sahabat lama seorang akademik yg turut jadi panel. Saja bagi sokongan moral.

Jadi tak lain tak bukan kesimpulan saya mudah.
1. Berita politik sekarang ni banyak yang buruk kepada Anwar dan PR - Kesah Ketua Pemuda PAS Tantawi dan herdikan terhadapnya oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, kesah Pajudin Ketua PKR Sabah yang lompat masuk UMNO, kesah Lim Guan Eng robohkan (lagi) gerai Melayu di Penang.
2. Berita tentang Najib pula terbaik, terutama kejayaan Kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir.
3. Oleh itu, ada apa cerita paling ikan bilis pun, spin lah jadi cerita.
4. Dalam kes Forum IDEAS ni, peluang cantik, sebab ada point nak spin.
5. Tapi nak laporkan bahawa Zainal Aznam ni yang kritik tak best sebab dia ex-civil servant yang pencen, tak selari dengan agenda propaganda PR yang mahu tampilkan orang muda Melayu sokong PR dan tak suka BN.
6. Jadi putar aje lah guna nama Tengku Zafrul sebab dia muda dan current, jadi point lebih, untung-untung jadi cerita.

Biasalah. Teknik melaga-laga merupakan teknik basi tapi antara teknik paling berkesan. Yang saya paling best tengok reaksi Tan Sri Isa. Dia relax jer, sebab dia tau tak ada apa yang perlu dilatahkan.

Harap-harap sahabat yang muda-muda tak ikut sama apikan cerita ini. Cuba tanya dulu kalau ada kengkawan yang pergi ke forum tu, apa jadi sebenarnya.