Sebagai seorang yang lebih 30 tahun berurusan dengan DBKL dan tahu nombor telefon peribadi kebanyakan Pengarah, saya pun call lah satu Pengarah ni, kawan sekolah lama juga, untuk bertanya sambil mengapi-api (hahaha), betul kah DBKL bertindak atas desakan Lo'Lo'?
Marah-marah Pengarah itu, lepas hampir setengah jam di telefon, dia pun tambah, "tak apalah xxx (nama saya), nanti aku emel sikit kat ngko ni ha, pandai-pandai lah ko nak buat apa," katanya menutup perbualan.
Berikut e-melnya untuk tatapan pembaca:-
Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu (RUU) dibuat bukan sebab desakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa atau mana-mana individu.
Pindaan dibuat atas permintaan pemilik dan pewaris Kampong Bharu semasa sessi pembentangan dan penerangan pertama kepada mereka mengenai RUU Perbadanan Kampong Bharu. Selain itu, pindaan juga dibuat secara muafakat bersama-sama NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. Tak ada sangkut-paut dgn Dr Lo'Lo'. Biasalah dia kena lah mengaku, itu kerja orang politik!
Merujuk kepada isu berkaitan Keanggotaan Perbadanan Dalam pindaan RUU, rasional keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris telah ditambah dari dua orang kepada lima orang pula, NGO yang dimaksudkan adalah NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. NGO ini adalah milik pemilik dan pewaris Kampong Bharu.
Kenapa Dr Lo'Lo' pertikaikan bila Kerajaan tambah keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris dari dua orang kepada lima orang? Sepatutnya sebagai wakil rakyat Dr Lo'Lo' kena menyokong, bukan membantah.
Merujuk kepada isu untuk menarik balik RUU yang telah dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Parlimen, penarikan balik adalah tidak perlu kerana YB Menteri boleh membuat bacaan kali kedua dengan pindaan atau tanpa pindaan. Oleh itu, Ahli Parlimen Titiwangsa perlu merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pembentangan Pindaan RUU di Parlimen akan dilakukan setelah pindaan dibuat terhadap RUU Kampong Bharu berdasarkan permohonan daripada NGO yang berkepentingan demi menjaga kepentingan semua pihak terlibat. Tidak timbul sebarang masalah berhubung penetapan tarikh pembentangan Pindaan RUU sebelum pindaan ini siap sepenuhnya kerana pindaan RUU ini dilakukan serentak dengan penetapan tarikh dan akan siap sepenuhnya untuk dibentangkan di Parlimen pada tarikh tersebut.
Apa lah Dr Lo'Lo' ni. Sedarlah sikit. Janganlah semua benda main nak langgar, nak kasar, nak gaduh, menjerit-jerit. Tak boleh ke bawak secara lembut. Sedang wakil rakyat lelaki PAS pun ramai yang bawa isu guna pendekatan lembut, asal rakyat untung. Ini tidak, perempuan PAS pula yang kaki berkasar, sampai kecik hati pegawai kerajaan. Appaaa dah.

kehkehkeh...
ReplyDeletedia ni jenis parasit.. cam kutu. Hidup tumpang usaha orang lain... hehehe..
Dia ini dari dulu dikatakan parasit (rujuk siamangbukit). Umpamanya, semasa tanah runtuh di Bkt Antarabangsa. Bila keadaan terkawal oleh masyarakat bukit itu sendiri, beliau datang menunjukkan konon beliau ini bekerja. Cuba nak take kredit dengan menjadi penjaga gate keluar masuk jalan alternatif. Dia ini bilalah nak bertaubat.
ReplyDelete